Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Susah Sangatkah Untuk Mengikut Peraturan??

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Baru sebentar tadi Ida terbaca satu entry bertajuk Malay Traditional Dress di sini . Ida tak fikir kalau ada wanita Melayu di Malaysia ini yang tidak suka berpakaian Baju Kurung. Malah wanita Cina dan India juga sering kita lihat memakai pakaian tradisional ni... cukup manis dipandangan mata.

Ida nak cerita satu kisah pengalaman emak Ida semasa menemani ayah menerima Pingat Ibrahim Sultan II ( P.I.S II ) daripada DYMM Sultan Johor sempena hari keputeraan baginda pada 23hb November 2013 yang lalu. Dipendekkan cerita di dalam Kad jemputan sudah tertera " Peraturan Pakaian " dimana dif-dif jemputan perempuan diwajibkan memakai Baju Kurung Teluk Belanga dan Bersepatu.


Tetapi sayang masih ada kaum wanita yang tidak reti bahasa dan tidak faham peraturan yang dikenakan. Masih ada yang berpakaian selain daripada Baju Kurung Teluk Belanga dan tidak Bersepatu. Bersepatu adalah kasut yang bertutup, walaupun memakai kasut tinggi lima inci sekalipun mesti bertutup depan dan belakang! Ini adalah majlis berprotokol, anda seharusnya mematuhi peraturan ini. Jadi tidaklah merasa malu jika ditegur oleh petugas di situ. 

Emak Ida kata, dia amat respek dengan petugas-petugas yang mencatat kehadiran kerana tidak pernah bosan menegur wanita-wanita yang tidak mengikut peraturan ini. Petugas-petugas tersebut hanya menegur dan memberi ingatan bahawa syarat-syarat  peraturan telah pun tertulis di dalam kad jemputan. Jadi malukan kalau orang tegur seolah-olah kita ini tidak reti bahasa. Nasib baik saja mereka yang tidak mematuhi syarat ini tidak dihalau keluar tetapi diberi tempat duduk di bahagian tengah agar tidak kelihatan ketara sangat. Ini adalah negeri Johor yang membanggakan baju kurung dan baju melayu teluk belanga!! Tidak perlulah anda hendak berbangga dengan baju kebaya, kurung moden atau lain-lain fesyen!!

D/SM Abd Hamid B. Abd Malik & Isteri


4 Pinggat ayah yang sedia ada

Pingat PIS II yang baru diterima








6 comments:

Baju kurung tu kan warisan tradisional kita, kenapa nak malu pula nak pakai.

4 December 2013 at 12:35 comment-delete

K idah jarang pakai baju kurung ke tempat kerja... bukan tak suka.. cuma rasa kurang ringkas... dan lagi pula pegi keje naik motor.. so rasanya lebih simple kalau pakai seluar jer.. :D

Tapi bila ke tempat formal mesti la kenakan pakaian yg bersesuaian kan... dan yang paling cantik dan mudah tentulah baju kurung... :D

4 December 2013 at 12:59 comment-delete

bertabahlah

4 December 2013 at 14:27 comment-delete

bagi saya orang macam tu adalah orang yang tak beradap..sudah laa dijemput ke majlis rasmi, tatacara pakaian pun tak nak ikut..kalau tak tahu apa salahnya tanya kepada mereka yang pernah pergi kan??

Regards,
-Strider-

4 December 2013 at 15:34 comment-delete

sikap manusia, kadang2 susah nak ikut arahan padahal bukannya suruh buat benda tak elok, suruh tutup aurat lagi tu, berpakaian sopan..ape salahnya ikut...

5 December 2013 at 08:12 comment-delete

Wah, hebatnya ayah Kak Ida. :)

6 December 2013 at 21:41 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ