Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat teman-teman yang di rahmati Allah swt.
Ida sebenarnya masih pening selepas Majlis Perkahwinan semalam... ermmm bukan majlis Ida laaa... tapi majlis perkahwinan abang sepupu Ida di Batu Pahat, Johor. Majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan telah di adakan pada 2 & 3 November 2013 yang lalu di Kuala Selangor. Dan semalam 30hb November baru di rumah abang sepupu Ida. Majlis terima menantu di sebelah pengantin lelaki di buat agak lewat kerana abang sepupu Ida ni seorang tentera udara yang sedang berkursus. Ida dan keluarga bertolak ke Batu Pahat pada hari Jumaat. Dan Ida terpaksa menyepi dalam dunia blogger blog selama dua hari.
|
Ida masih di rumah JB ketika siap-siap nak ke Batu Pahat |
|
Ketika bosan di dalam kereta
|
|
Sebaik saja sampai Mak Ngah Ida sedang memasak Rendang Tok
Mak Ngah di import khas dari Ipoh |
|
Persiapan pada sebelah malam |
|
Cuaca waktu pagi yang cerah pada 30hb November |
|
Ayah & Emak Pengantin Lelaki |
|
Tiga beradik - emak Ida belakang, Acik baju hijau (Emak Pengantin lelaki)
& Mak Ngah |
|
Bertemakan Hijau & Putih |
|
Ida bersama emak Fitri AF2
Emak Fitri ni sepupu emak Ida |
Lalu apa kena mengena dengan tajuk "Masih Pening" tu? Ok lah... sebaik saja pasangan mempelai tu selesai makan berdamai dan sessi bergambar, hujan turun dengan lebat. Biasa lah Ida, sebagai seorang pesakit anemia sejak kecil iaitu kurang sel darah merah maka Ida memang tidak boleh beraksi aktif diluar rumah, Ida akan sering pitam dan pengsan. Tetapi alhamdulillah semalam, Ida tidak pitam ataupun pengsan cuma mengalami sakit kepala yang berat sahaja sehingga entry ini di buat. Ida juga terpaksa topup darah seminggu sekali di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Masa nak beraktif lasak bukan main lagi seronoknya...akibatnya ditanggung kemudian hehehe.
5 comments:
Alahai kesiannya kak Ida.. Moga2 cepat sembuh ya kak Ida. Jangan nak buat aktiviti lasak2 sangat.. :)
moga cepat sembuh...
kesian nya lah kak ida. take rest ya. ^^ selamat malam
jaga diri kak, ika pun pening2 sakit kepala yang amat, perlukan banyak rehat sebab asyik busy memanjang...
Laaaa... baca tajuk tadi saya ingat Kak Ida yang kahwin. Dah gembira dah tadi. hehe. Apapun, mesti seronok kan! :)
Post a Comment