Rakan Ngetop Bulan November 2013
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat teman-teman yang dirahmati Allah swt...
Alhamdulillah, bulan November 2013 telah pun melabuhkan sayapnya dan diganti pula dengan bulan Disember 2013. Diam tak diam... pejam celik...pejam celik, kita telah pun berada di awal bulan Disember dan berada di penghujung tahun 2013. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014.
Tanpa Ida sedari juga sudah hampir 5 bulan Ida berblogging secara serius sejak 12hb Julai 2013. Walaupun blog Ida telah pun wujud sejak Tahun 2011 lagi tetapi ketika itu, Ida hanya seperti biskut chipsmore kadang ada kadang tiada. Dan setelah 5 bulan ini, barulah Ida dapat merasa akan kepuasan dalam berblog. Melihat kawan-kawan bertambah ramai, melihat juga jumlah pelawat semakin meningkat setiap hari... Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi. Ida merasa seolah-olah Ida amat diperlukan dalam dunia blogger ini.
Sebelum ini tiada siapa pernah tahu bahawa hati Ida pernah lara... hati Ida pernah terluka. Satu tahun lebih Ida menyepi dan akhirnya kini Ida dapat bangun semula dan membina semangat baru. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang sering berkunjung dan memberi semangat serta menghiburkan Ida.
Di bawah adalah senarai Rakan Ngetop Bulan November yang Ida sayangi begitu pandai berkata-kata serta pandai sekali jejari halusnya menari di atas keyboard sebagai peneman dan penghibur setia Ida setiap hari. Tahniah Ida ucapkan sesungguhnya tanpa anda semua siapalah Ida di sini. Mungkin buat masa ini Ida belum bersedia untuk memberi apa-apa hadiah sebagai cenderahati, inshaAllah pasti suatu hari nanti ia akan menyusul juga.
Akulahidaitu |
6 comments:
Tahniah semua...tqvm
Tahniah kepada semua yang tersenarai. Terima kasih juga kepada Ida yang rajin singgah di blog saya.
P/S: Nak tanya, buku Tetamu Istimewa yang Ida belu tu dah sampai ke?
semoga terus gigih berblogging kak :)
diharapkan persahabatan alam maya ini dapat memberi manfaat bersama. Tahniah semua yang tersenarai..
tahniah semua ^__^
tahniah!! ^^
Hehe, terima kasih kak Ida. Ziarah selalu. :)
Post a Comment