Pasangan terlanjur terpaksa berlakon
Kuala Lumpur – Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil itu adik. ‘Skrip’ itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu.
Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil daripada keluarga daif.
Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2.
Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara.
Kemesraan mereka berdua bukan setakat di kolej sebaliknya berakhir di ranjang, malah pada tahun kedua pengajian, mereka sanggup menyewa bilik dan tinggal bersama, menurut sumber HMetro.
7 comments:
T_T astaghfirullah. People haih
tapi bagus gak dia ni sanggup bela anak dia
Maksiat sudah terjadi, tp respect kt brother ni... dia still ada rasa tanggungjawab dr awek dia... Masya Allah
Moga Allah ampuni dosa mereka.
saya ada baca berita ni dalam akhbar haritu. Moga semuanya dipermudahkan buat mereka.
smoga kita dijauhkan dari perkara macam ni..
subhanallah, bila cinta tidak dilandaskan sebaiknya, macam2 boleh jadi hm..
Post a Comment