Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Banjir Bagaikan Pesta!!!

Banjir Bagaikan Pesta!!!


Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Baru sebentar tadi Ida terbaca entry Kak PC (Perdu Cinta) pasal banjir di sini, membuat Ida teringat kisah-kisah sewaktu kecil semasa keluarga kami tinggal di Mentakab/Temerloh, Pahang. Waktu-waktu hujung tahun macam ini memang musim banjir. Malah semua jabatan kerajaan kena bersiap sedia untuk menempuh musim banjir, apa lagi dengan emak dan ayah Ida yang bekerja dengan Polis DiRaja Malaysia, perkataan Standby Banjir itu sudah tidak asing lagi bagi kami.

Ida teringat semasa kami tinggal di sana, kami memang suka dengan banjir ni. Orang pantai timur kata air boh. Setiap petang ayah Ida akan membawa Ida pusing-pusing dengan menaiki motorsikalnya untuk melawat kawasan-kawasan yang dinaiki air. Kawasan-kawasan yang sering menjadi perhatian di sana ketika itu adalah Kampung Lompat, Tanjung Kerayong, Jalan Triang, Bangau Tanjung, Lurah Semantan, Batu Kapor, Tanjung Lalang, Buntut Pulau dan banyak lagi. 

Seronoknya masa tu melihat air boh, maklumlah masa kecil bermain dengan air tanpa memikirkan kesusahan penduduk tempatan yang terpaksa menanggung keperitan, susah payah terpaksa berpindah ke pusat perpindahan sementara di dewan orangramai, sekolah-sekolah serta rumah saudara mara. Kerugian mereka juga terpaksa ditelan walaupun pahit.

Sekarang banjir besar di tiga buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Johor hampir melumpuhkan sebahagian bandar-bandar besar. Pagi tadi Ida mendengar di dalam berita radio Sinar, di Johor saja mangsa banjir yang dipindahkan melebihi 7,000 orang, Pahang 6,000 orang dan Terengganu pula Ida tidak pasti tetapi sudah ada 2 mangsa banjir yang meninggal dunia di Terengganu. Manakala bekalan elektrik sebahagian kawasan di Kuantan terputus, jalan-jalan utama juga terpaksa di tutup akibat tanah runtuh dan dinaiki air, di facebook ramai yang membuat status tersangkut di sana-sini... Allahuakhbar semoga Allah memberi perlindungi kepada saudara-mara kita yang terlibat dan terperangkap di dalam banjir ini.

Di Bawah adalah gambar-gambar banjir di Kuantan. Banyak lagi gambar-gambar banjir sekitar Kuantan klik sini dan di sini.

Belakang UTC

Seri Kuantan

Indera Mahkota, IM 14

Jalan Bukit Sagu


Terminal Sentral Kuantan


Landslide @ jalan belakang taman sungai karang darat 2, 
Jln kuantan bypass

Bagi Daerah Kuantan, jika ada keperluan sila hubungi :

Pejabat Daerah
09-5712432
09-5712436
09-5712446

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan
09-5143799 ATAU 09-5652094.


6 comments:

takut sebenarnya,, tanda kiamat semakin hampir. Allahu. :/

4 December 2013 at 14:35 comment-delete

dulu ternanti2 musim air boh.. maing rakit batang pisang.. gali ubi kat padang.. rebus cicoh ngn nyior muder.. sedap :D

4 December 2013 at 14:48 comment-delete

banjir sebenarnya kalau ala-ala jer memang best..saya sendiri dulu selalu bermain air time banjir..tapi kalau besar sangat atau arus deras agak merbahaya kerana boleh meragut nyawa...

Regards,
-Strider-

4 December 2013 at 15:30 comment-delete

Hati-hati.

4 December 2013 at 16:17 comment-delete

subhanallah...sekarang ika sangat pasti dengan keputusan ika untuk menangguhkan dulu pergi ke cameron...sangat menakutkan ni...semoga cepat keadaan pulih...

5 December 2013 at 08:10 comment-delete

Ya Allah, teruknya banjir. Sampai terminal Kuantan yang baru dibina tu pun roboh tulisannya... Entah macam mana la kawasan lain agaknya.,..

6 December 2013 at 21:39 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ