Blogger Cerita Aku Mengaibkan Kaum Wanita?
Salam 1 Malaysia.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Mamat yang menegur dan menasihati saya seperti di paparan shoutMix di atas. Saya mengaibkan kaum wanita? Emmm betul ke? Betul lah agaknya bagi beliau tetapi tidak bagi saya.
Di sini ingin saya menjelaskan bahawa di header blog Cerita Aku, terpampang tulisan mengandungi Amaran, bahawa blog Cerita Aku ini mengandungi unsur2 18SX dan barang siapa tidak menyukainya dipersilakan angkat kaki.
Bermakna kepada sesiapa yang tidak menyukainya bolehlah meninggalkan blog ini. Tiada paksaan untuk anda singgah di sini. Sebenarnya ketika saya sedang mencari2 identiti blog Cerita Aku, saya sudah menduga bahawa teguran seperti ini akan bakal saya terima. Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Mamat yang teramat perihatin.
Tetapi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mengaibkan sesiapa. Kebanyakkan gambar2 yang berunsur 18SX yang saya paparkan boleh anda dapati di internet. Gambar ini di publishkan oleh tuan punya badan sendiri. Jika mereka memperagakan diri mereka sendiri, mengapa pula menuduh saya mengaibkan kaum sejenis saya? Lainlah jika saya mengendap dan merakam gambar orang seperti dalam cerita video seks Dato T. Atau mengendap merakam gambar orang2 yang bertudung tetapi memakai pakaian ketat, sendat, jarang, lengging dan kemudian dipublishkan ke internet, konon ingin dijadikan kisah dan tauladan kepada anak2 gadis zaman sekarang. Itu baru boleh dikatakan mengaibkan orang. Apakah anda mengambil gambar hendap mereka dengan izin? Contoh seperti yg dipaparkan boleh blog ini.
Sungguh pun tujuan yang empunya blog tersebut ingin menyedarkan orang ramai, tetapi dia lah yang sepatutnya menjaga maruah kaum wanita kerana mengambil gambar mereka tanpa izin. Dalam untuk menyedarkan orang ramai secara tidak langsung telah mengaibkan yang empunya badan. Berbeza dengan gambar2 yang ada di blog Cerita Aku.
Jika di kira pula pasal dosa dan pahala tentang apa yang saya buat ini, anda yang berblogger dan bercerita pasal diri anda dan keluarga, juga merupakan satu dosa, apa lagi jika anda mempublishkan gambar2 anda sendiri di blog atau di facebook yang adakalanya aurat yang ditutup pun kurang sempurna. Terpulang kepada anda. Saya percaya anda semua mempunyai persepsi sendiri, begitu juga dengan saya.
Saya memohon maaf kepada Saudara Mamat, bukan kerana saya tidak mahu mendengar nasihat beliau, tetapi saya juga ada jawapan tersendiri. Walau apa pun nasihat saudara amat saya hargai dan doakan saya supaya tidak tergelincir atau berlebih2 dalam point2 saya mempertahankan diri di atas. Sekian terima kasih.
2 comments:
lakukan yang terbaik!!
dari teguran ia nya akan membuatkan kita semakin berpengalaman :)
Blog ini anda yang punya jadi anda punya hak sendiri.
Jangan mudah patah semangat hanya kerana sedikit teguran.
Teruskan berblogging ok! :)
Post a Comment