Masih Tercari-cari Identiti Blog
Assalamualaikum wbt. Aku mula berbelog seawal April 2011. Hanya setahun, kerana ada komitmen lain terpaksa meninggalkan dunia belog pada Mac 2012. Pelik, selama setahun lebih aku tinggalkan dunia belog, tak ada pula aku merasa rindu atau gian nak berbelog. Tidak macam orang lain, kalau tak dapat update belog dalam sehari dua atau seminggu terus jadi 'sewel'. Tapi aku tidak, mungkin 'jiwa' belum datang kot. Aku belum dapat menjiwai dunia belog ini sepenuhnya. Dan sekarang aku ingin memulainya semula, tetapi dari dulu sehingga sekarang aku belum lagi menemui identiti belog aku dan masih lagi tercari-cari...
Mungkin buat masa sekarang aku lebih selesa membuat posting gambar-gambar menarik atau yang pelik-pelik dahulu....ataupun ahh 'rojaklahh'... Semoga 'come-back' ini membuatkan aku lebih rajin nak 'up-date' dan 'menjiwai' dunia belog aku. Manalah tahu sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini akan membuatkan aku mendapat idea bagus untuk berbelog.
Apapun, aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan belog yang sudi melawat dan singgah di sini.
" BERSEDERHANALAH KETIKA BERBUKA, kerana tanpa pengetahuan kita, ada insan yang berpuasa tetapi TIDAK PUNYA APA-APA UNTUK BERBUKA DAN BERSAHUR."
Wasalam
Ida Syuhada.
Wasalam
Ida Syuhada.
0 comments:
Post a Comment