Ajari Aku....
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat kawan2 semua...
TOLONG AJARI AKU!!
Salam ceria buat kawan2 semua...
TOLONG AJARI AKU!!
Kalau anda semua tengok blog Ida ni dah lama wujud sejak tahun 2010 tetapi baru sejak 2-3 bulan ini Ida serius berblog. Sesungguhnya pengetahuan Ida adalah zero tentang blog ni. Tapi nasib baiklah ada beberapa blog yang Ida kunjung memberi serba sedikit tutorial pasal blog ni terutamanya blog Lyssa Fazureen dan blog iskandarX yang sering Ida jadikan panduan. Terima kasih untuk mereka.
Dan...
Sekarang ni, Ida rasa mempunyai satu masalah yang besar sangat. Kalau orang dah follow Ida, Ida mesti nak follow mereka semula. Ini WAJIB bagi Ida. Tetapi dalam situasi lain, jika Ida dah follow blog anda serta memberitahu anda bahawa Ida sudah follow di ruangan komen atau cbox anda dan anda tidak berminat nak follow blog Ida, tidak menjadi masalah pada Ida, anda berhak untuk tidak follow blog Ida. Dan ada juga yang lebih haru, dia tulis di cbox Ida kata dia dah follow Ida, tapi bila tengok dia tak follow pun dan hanya menipu di cbox Ida. Itu juga bukan menjadi masalah pada Ida...walaupun dia kata dah follow tapi sebenarnya tidak, tak apa, Ida akan follow dia juga.
Masalah Ida sekarang adalah, apabila orang dah follow blog Ida tetapi Ida tak dapat nak follow blog mereka kerana link yang mereka tulis di cbox tak betul. Dan ada juga yang dah follow Ida dan gambar mereka terpapar di site follower Ida tetapi bila Ida klik pada gambar mereka hanya keluar seperti gambar di bawah - tiada sebarang link yang membawa ke blog mereka.
Ok... Ida cuba klik pada nama mereka dan terus membawa Ida ke google plus, juga tiada sebarang link yang boleh membantu untuk membawa Ida ke blog mereka. Tolonglah kawan2... ajari Ida bagaimana cara yang mudah untuk membalas follow mereka?
Dan satu lagi masalah Ida, Ida tidak tahu apa fungsi google plus ini. Ida rasa dia amat menyusahkan kerana ada sebahagian blogger menggunakan link google plus ini dan Ida memerlukan dua step untuk sampai ke blog mereka. Contoh seperti di bawah:
Kena klik pada link yang tertera pada tajuk entri mereka baru akan membawa kita kepada blog yang sebenarnya, bukankah ia menyukarkan? Kesukaran akan menjadi bertingkat2 jika line internet perlahan cam siput.
Ida cuba bertanyakan kepada pakcik google tentang fungsi google plus ni tetapi ia tidak banyak membantu dan tidak seperti yang Ida harapkan.
TOLONG AJARI AKU...
Nota Kaki: Mungkin ada sebahagian daripada anda akan mengatakan masalah Ida ini hanya kecil dan bodoh tetapi bagi blogger yang baru berjinak2 dengan dunia blog ini, memang kami bodoh dan merasakan ia amat besar.
14 comments:
Assalammualaikum, alamak dahi is ada kat sini isk isk isk hehehehehe, ok ida kalau next time orang tu taip dah follow blog sini, reply kat cbox tyu suruh dia letak link ke blog dia yang betul, kalau tidak ignore kan aja, abaikan terus dia, sebab kalau betul dia follow dan nak di follow balik, dia mesti akan letak link untuk ke blog dia semula, dan lepas nie siapa sahaja yang komen dan ingin kan ida visit dorang balik, ida suruh dornag pastekan link blog dorang tanya hyper link html, macam yang selalu is buat tu,. kadang-kadang ada yang masih pakai blogger profile maka link untuk ke blog dia memang ada kecuali dia hanya reader atau pengguna gmail, tapi ingin follow blog ida.
iskandarx.com <<<< suruh dorang letak link macam nie.
pernah juga macam tu.. kalau akak rajin dan line internet ok akak cuba google nama dia, kadang-kadang nasib jumpa juga blog dia, kalau tak jumpa akak buat tak tahu aje la.. akak pun kurang selesa dengan profile google+ sebab kalau line internet slow seksa nak tunggu dia loading.. tapi salah 1 yang akak tahu kelebihan google+ ni senang nak ping entry ke group dalam google + tu.. dulu akak guna profile google+, baru je akak tukar kepada profile blogger balik sebab internet akak semenjak dua menjak ni agak slow..
Ooo mcm tu yer kak... sedikit membantu... terima kasih yer
Google+..kalau line tenet slow..mmg mnyumpah la..tp bg sy ok je =) bnyk kegunaannya..dr segi trafik pn ok..nk kongsikn kt sini mmg xdpatlah..sbb details..kalau ida nk thu lebih lnjut..cuba jejak ke blog HH..mcm2 tips dan tutorial dia bg..dri blogger yg xthu ape2..boleh jd berjaya..blognya ada dlam bloglist sy =) bab fllower tu..kdg2 orang yg fllow kita ni..xkluar gmbar..tp jumlah fllower kita naik..sy ada jga pglaman mcm 2..
bunda pun dulu pernah ada google+..tapi masaalah sama mcm aiza, tenet problem, tapi dengar memang byk kelebihannya google+ ni..
betul kata fais..bunda mula2 dulu pun banyak rujuk ke blog sifu HH (hasrul hassan) ni...banyak ilmu disana...selain itu tak dinafikan blog iskandar juga byk bleh dicedok ilmu disana..
Masalah yang sama kak Erin hadapi.. Huhu..Apa yang Ida alami turut kak Erin alami.. Kak Erin nak tukar profile kepada blogger.. Tapi still jadi goole plus tu.. Tak syok langsung..
mama terrrrtukar, nak setting balik dah tak reti dah... hadoi.
Salam perkenalan :) Ros singgah sini dan follow.. jemput ke blog Ros yer :)
hadoi..kurang arif dalam hal ni..biarlah yg pakar membantu..haha..salam kenal.. :)
Ooo tq Fais, nanti Ida akan cuba cari di blog HH tu sbb Ida belum pernah lagi kesana
Ooo jadi bukan Ida sorang jer la yer rupanya ramai juga yang menghadapi masalah mcm Ida yer ;)
Salam kenal ros_reeza, InshaAllah
Salam kenal juga ima salsuzaima, inshaAllah
ika selalu kena, dah follow ika tapi cari link blog dorang tak jumpa-jumpa, kadang-kadang kalau rajin ika google search "blog (nama sekian-sekian)" haha, kalau jumpa memang bertuah, kalau tak jumpa, jawabnya memang ika surrender nak cari,
lepas tu ika pun ada masalah sikit dengan profile ika yang tetiba tukar jadi google+ ni, ramai juga blogger yang guna google+, ada follower yang guna google+ tapi ika tak jumpa blog dorang, susah camtu and ika tak tahu nak buat acane.
act ika tak berapa minat dengan google+ ni, ika lagi suka macam biasa je. Lebih memudahkan pada ika.
Post a Comment