Perbezaan Air Botol Penutup Biru Dan Putih
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat kawan-kawan semua...
Salam ceria buat kawan-kawan semua...
Hari Ahad lepas semasa Ida berada di Kluang, Johor, seorang kawan mengirim Ida membelikannya air mineral, siap pesan lagi - belikan dia botol berpenutup biru, jangan yang putih. Ida tanya kenapa? Rupanya ada rahsianya. Nak tahu? Haha jom baca...
PENUTUP BIRU - Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses menyulingan kemudian dibotolkan. Baru boleh dilabelkan sebagai air MINERAL .
PENUTUP PUTIH - Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa mejadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang. Sebab itu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau DRINKING WATER dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru.
Selama ini Ida tidak pernah ambil tahu dan perduli perbezaan kedua-dua penutup botol ni, main belasah jer. Patutlah air yang di dalam botol penutup biru lebih sedap dari botol penutup putih.
15 comments:
oh mcm tu yer... ^_^
baru akak tahu.. selalu akak beli terus minum je.. hehe..
Sama laaa...bila dah tahu ni senang sket kan buat pilihan
biasa benda2 macam ni kita jarang ambil tahu... thanks for sharing :P
Wan baru tau info nih. Thanks yer.
penutup putih tu air biasa yg disuling dengan kaedah revese osmosis (R.O)...
kalau penutup biru tu selalunya air sumber bawah tanah. tapi x semestinya kaler biru, kaler hijau pun ada... ikut jenama la.. hehe
Rasanya yg guna warna hijau adalah Spritzer, kualitinya sama dgn warna biru kan?
Betul tu Ida.. Air putih dalam botol ada dua jenis.. satu air mineral dan yang satu lagi air paip.. Yang biru tu mahal lagi.. Air mineral yang paling bagus jenama spritzer
bagus info ini...
glad..baru tau sekarang..nice sharing..
Follow sini..468..shoutbox xleh komen
laaa..cmtu ke?? bru tahu hu3..lepas ni xbeli dah yg tdung putih =) nice sharing..tq2
hihi, amam dah lama tahu... tapi bagus ida share benda ni, biar semua orang tahu..
aah air mineral mahal sedikit dari air RO(REVERSE OSMOSIS)
mahal beberapa sen je la
air mineral rasanya payau coz terkandung byk zat/sumber mineral dlm tu
air RO rasanya biasa, lagi sedap drpd mineral..tp xde kelebihan mineral, coz ia air kitar semula
klo beli bagus yg mineral..byk kebaikan..kan kan..
Ya, kawan saya pernah cerita tentang ni. Sebab tu air mineral yang penutupnya warna biru mahal sikit.
memang betul ni, ika pun kalau beli air mineral ika beli penutup biru, kalau suruh orang lain belikan dan dorang beli penutup putih, memang ika tak minum laa jawabnya. huhu
rasa dia pun berbeza sebenarnya. yang penutup biru rasa sedap, macam fresh je bila minum, yang penutup putih rasa pelik pastu mesti sakit tekak dibuatnya (pengalaman ika sendiri orang lain mungkin takde kut rasa camtu).
Post a Comment