Nasib Malaysia Terletak Di Tangan Kita , Hati-Hati Membuat Percaturan !





Jika melihat kepada sebahagian besar warga kita hari ini , masih ramai lagi yang berasa selesa dengan apa yang sedang berlaku.

Mungkin juga sebahagian lagi berasa begitu terpanggil untuk terus bersama dan menyokong gerakan demi gerakan yang sebahagian besarnya bermula atas dasar persepsi dan spekulasi.

BUKTI tidak lagi menjadi syarat kerana secara teorinya kita sudah dimomokkan dengan hebahan maklumat melalui medium berita alternatif yang kita sendiri belum tahu kesahihannya.

Namun sudah menjadi TREND agaknya , segala apa yang disebarkan melalui medium itu akan mendapat perhatian yang lebih kononnya maklumat jauh lebih cepat sampai tanpa sebarang tapisan oleh pihak-pihak yang sering kali dituduh menyunting berita-berita yang disampaikan.

Sesuatu yang pasti Malaysia sebenarnya sudah pun membuka ruang yang seluas-luasnya untuk semua media sama ada media cetak mahupun elektronik dan terkini media sosial untuk bergiat aktif dalam membuat laporan masing-masing.Cumanya kesan daripada kemajuan teknologi hari ini berlaku apa yang kita sering kali sebut sebagai tohmahan.

Ada di antara berita yang disiarkan kemudian disebarkan itu bukan sahaja mampu menyebabkan panik tetapi turut sama menjadi elemen baru kepada gerakan-gerakan tertentu sehingga rakyat kebingungan.

Penyebaran berita dan apa jua bentuk dokumen sekalipun yang berlaku di medan maya seharusnya mempunyai fakta dan bukti yang tidak boleh diragukan.Malahan dalam keadaan tertentu rakyat kita sendiri lebih percayakan berita-berita yang disiarkan oleh pihak yang berpengkalan di negara luar.

Kenapa ? Mungkin secara rawaknya inilah pendedahan berani untuk menelanjangkan kerja jahat atau kerja kotor pemimpin dan kerajaan ! Tetapi sering kali kita melihat tiap berita itu disanggah oleh pihak yang diserang.

Namun perlu diingat semua yang berlaku itu jika diperhalusi dan diteliti ianya merangkumi sesuatu yang jauh lebih dasyat daripada apa yang kita bayangkan.

Tohmahan boleh disanggah dengan BUKTI walaupun dalam keadaan tertentu ianya memakan masa tetapi laporan berbentuk tohmahan kemudian disiarkan pula oleh pihak luar bukanlah sesuatu yang biasa.Apatah lagi jika ianya turut mendapat sokongan daripada orang dalam (rakyat Malaysia sendiri) !

Hakikatnya kita sedang berdepan dengan serangan oleh pihak-pihak yang punya agenda tertentu.Kemampuan dan bentuk tindakan mereka begitu licik sekali sehinggakan mampu menyebabkan warga Malaysia sendiri terpengaruh.

Mungkin sebahagian dari kita belum sedar tetapi realitinya Malaysia sedang menerima serangan alaf baru atau mungkin penjajahan berskala dengan pelbagai bentuk hasutan dan propaganda.Dan lebih licik lagi semua serangan itu disasarkan dalam bentuk politik !

Rasanya artikel di bawah boleh memberikan sedikit pencerahan kepada kita ..








Mungkin ramai tak perasan yang negara kita diserang dari dalam dan luar dengan bertalu-talu...kalau yang perasan tu syukur la anda nampak...

Serangan yang saya maksudkan adalah berbentuk politik, hasutan dan propaganda... selain serangan secara halus terhadap ekonomi negara dan juga serangan psikologi keatas strata masyarakat kita dalam bentuk hasutan...

Sejak sebelum dan selepas pilihanraya yg telah berlalu... ada suara2 yang mengumpul dan menggembleng tenaga anak muda dan masyarakat awam untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara anarkis.. dengan cara yg tidak demokratik...tahun ini sahaja sudah hampir 3 kali cubaan tersebut dilakukan....walaupun belum mencapai skala huru hara yg teruk tetapi cubaan anarkis ini tidak boleh dipandang enteng oleh pasukan keselamatan dan masyarakat umum sendiri...

Apa yg menarik adalah.... cara permainan kuasa2 in the shadows ini menggunakan senario semasa dalam negara...bagaimana isu2 populis dan yg dekat dengan hati rakyat seperti kos sara hidup..pendidikan dan lain2 perkara di jadikan asas untuk membentuk an army of the people....dimana tanpa perlu menggunakan angkatan tentera atau sistem persenjataan canggih...sebuah negara dapat dikuasai melalu internal strife dan civil conflict selain perebutan tampuk kuasa pemerintahan negara....





Secara tidak sengaja... rakyat yang sedang dalam kesengsaraan atau kesusahan akibat tekanan ekonomi... bangkit menuntut hak mereka lalu dijadikan tentera upahan oleh kuasa2 didalam bayangan ini tanpa rakyat2 ini sedar....selain mereka di sajikan hari demi hari dengan propaganda demi propaganda yang berbentuk anti establishment.... tanda2 ini dapat dilihat dengan jelas disekeliling kita.... ini adalah satu bentuk penguasaan yg baru... satu bentuk sistem pecah dan perintah yg tidak berlaku secara terang terangan tetapi mempunyai signifikan yg ketara jika diteliti dengan dalam....

Saya mengakui kepimpinan negara kita lemah...mereka banyak membuat kesilapan yg membangkitkan kemarahan rakyat dari pelbagai strata masyarakat... tetapi ini tidak memberikan kita lampu hijau atau tanda halal untuk kita bertindak diluar pemikiran rasional....

Berhimpun dan berniat menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan adalah cara yang kalau boleh kita elakkan....kenapa gerakan tenaga muda...gerakan2 mahasiswa dan gerakan bukan kerajaan serta kepimpinan politik tidak bertindak secara rasional tetapi bertindak dengan cara anarkis dan populis....mengapa mereka mengajak rakyat bersama2 mereka untuk bertindak secara anarkis untuk menggulingkan kerajaan sedangkan terdapat cara yang lebih rasional...lebih ampuh dan lebih demokratik untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi kita semua....jika mereka benar2 ikhlas untuk berjuang untuk rakyat....ini bukan jalannya....

Nelson Mandela serta kelompok warga afrika sendiri pernah ditindas oleh aparat2 politik apartheid dengan cara yang zalim...tetapi akhirnya beliau dapat menguasai Afrika Selatan dengan cara yg aman dan demokratik...struggle beliau tanpa mengangkat senjata dan menimbulkan suasana anarki itu sepatutnya dijadikan contoh oleh aparat2 gerakan muda dinegara kita.....saya melihat kita lebih menjurus kearah agresif dan bukan progresif....

Kembali kepada kuasa in the shadows yg saya nyatakan di perenggan yg sebelumnya..... saya sudah menyentuh perkara ini dalam posting2 lepas di awal tahun bila mana seluruh negara berada dalam keadaan frantik untuk pemilihan kepimpinan negara.... kuasa2 bayangan ini bukan sahaja wujud dikalangan aparat mahasiswa...tenaga pemuda...badan bukan kerajaan....malah ia wujud dalam partai2 politik pembangkang dan kerajaan sendiri.... mereka ini berselindung dengan cara yg tidak tercapai akal fikiran kita...mereka mempunyai akses kepada maklumat dari kerajaan dan dari pembangkang... selain jentera untuk menyebarkan berita dan propaganda yg mempunyai unsur hasutan halus serta mampu mewujudkan persepsi kepada satu pihak dan pihak yang lain.....




Kuasa dalam bayangan ini menggunakan sepenuhnya peluang kelemahan kedua2 pihak yg bertelagah...yg mana unity di antara kita rakyat Malaysia semakin tipis dihakis garisan politik hampir setiap hari.....ini yang saya katakan bentuk serangan pecah dan perintah baharu..... rakyat Malaysia di pecah-pecahkan kepada banyak kumpulan yg kecil...

Perpecahan ini bukan setakat berlaku antara kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India tetapi melangkaui tahap mikro.... perpecahan ini melibatkan pecahan2 yang lebih kecil dan lebih mikroskopik dari segi negeri, fahaman ugama (Islam sendiri berpecah kepada sunnah, wahhabi dan syiah), fahaman politik (melayu BN dan melayu PR, cina DAP dan cina MCA sebagai contoh), golongan kelas sederhana dan kelas pertengahan (kakitangan kerajaan dengan kakitangan swasta), antara establishment dan rakyat dan banyak lagi..... secara terus terang we are so divided among each others tanpa kita sedar....kita telah dipecah-pecahkan secara sistematik tanpa kita sedar....

Dalam kita sedang marah2 dengan kos sara hidup....usah kita membuat keputusan dan tindakan melulu...jangan cepat melatah....masih ada jalan rasional dan jalan2 yang lebih baik untuk kita pilih bagi menyelamatkan negara kita....

Ini yang berlaku kepada tanah air tercinta kita pada masa ini dimana rakyat sudah marah dan kemarahan mereka di tambah dengan macam2 perencah untuk menaikkan lagi kemarahan.....saya menyeru agar kita kembali ke jalan rasional....bertenang dan berlapang dada dalam membuat satu2 perkara.....bertindak dengan progressive dan bukan secara agressive....malah menolak sejauh-jauhnya anarki.....





The truth is anarki bukan jalan penyelesaian.....

Nasib Malaysia Terletak Di Tangan Kita , Hati-Hati Membuat Percaturan !






0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ