Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Cubaan Menculik Van Putih Versi 2015 Di Negeri Sembilan

Gambar hiasan



Cubaan Menculik Van Putih Versi 2015 Di Negeri Sembilan

Seremban 24/8/2015 - Cubaan menculik dipercayai dilakukan oleh 3 hingga 4 orang lelaki Melayu disekitar Senawang dan Terachi, Negeri Sembilan membimbangkan orang ramai. Setakat ini dua laporan polis telah di buat masing-masing di Senawang dan Terachi terhadap cubaan menculik tersebut. Sehingga kini pihak polis masih belum melakukan penangkapan atau pengesahan serta penafian terhadap kes ini. Di nasihatkan kepada orang ramai terutama yang tinggal di Negeri Sembilan dan kawasan yang sewaktu dengannya agar lebih berhati-hati serta tingkatkan keselamatan anak-anak anda.


Kes pertama berlaku di Senawang pada 22/8/2015 melibatkan 4 lelaki Melayu bersama Van Putih

SATU KEJADIAN CUBAAN CULIK TELAH BERLAKU DI TAMAN DESA MELUR DAN TAMAN SATRIA SENAWANG PADA 22/08/2015@1155HRS

BUTIR2 SASPEK:

-4 L MELAYU SENJATA PISAU MNGGUNAKAN M/VAN WARNA PUTIH NO & JENIS TDK TAHU.

BUTIR2 MANGSA:

-1 BUDAK UMUR 9 TAHUN DAPAT MELEPASKAN DIRI.
Jika ternampak kenderaan dinyatakan terus berhubung balai polis berdekatan. copy paste dari groupD9 ipkns

Utk mkluman..dan pencegahan..sentiase awasi anak2 kite dan mengigatknya...
Assalammualaikum
Tuan/SI/SM
Maklum repot bimbang keselamatan anak
Senawang Rpt: 7072/2015
22/08/2015 @ 1410hrs
Nama Pengadu : Asok Bin Daeng Paware
Kpt: 840302-71-5039
Umur: 31 Tahun
Kerja: Berniaga sendiri
Alamat : No. 93 Jln 7, Tmn Desa Melor Senawang.
Tel: 016-9033886
010-8983496
Tempat kejadian:
Di Lorong Kenanga 9, Tmn Satria Senawang.

Fakta kes:

Pada 22/08/2015 jam lebih kurang 1210hrs semasa pengadu berada dirumah yang beralamat seperti diatas, pengadu dapati anaknya bernama Nur Farah Dania Bt Asok Kpt: 061228-05-0194 umur : 9 tahun berlari masuk kedalam rumah dalam keadaan ketakutan dan menangis. Pengadu terus masuk bertanya kepada anaknya dan pada ketika itu pengadu lihat badan anaknya menggigil dan mukanya pucat seolah-olah sedang ketakutan. Anak pengadu memberitahu kepadanya, dia mahu pergi kekedai membeli topup telefon untuk ibunya di kedai runcit di Lorong Kenanga 9, Taman Satria Senawang. Ketika hampir sampai dikedai runcit, tiba-tiba anak pengadu dihampiri oleh sebuah van berwarna putih nombor pendaftaran dan jenis anak pengadu tidak tahu, dinaiki oleh (4)(L) Melayu. Salah seorang daripada lelaki tersebut turun dari van dan memberikan anak pengadu gula-gula. Setelah anak pengadu mengambil gula-gula yang diberikan, lelaki tersebut berkata kepada anak pengadu "adik nak ikut pakcik tak". Kemudian anak pengadu terlihat ada pisau dipoket belakang seluar salah seorang daripada lelaki yang sedang duduk dipintu van tersebut. Anak pengadu menjadi takut dan terus berlari balik kerumah. Anak pengadu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Tujuan pengadu buat laporan kerana bimbang keselamatan anaknya dan bimbang kejadian serupa berulang lagi.

Tindakan:
Repot telah dimaklumkan kepada SIO Insp Khuzairi dan arahannya maklumkan kepada Team "A"
IO Siasat: Insp Farah Hanim
Untuk makluman Tuan/SI/SM
Terima kasih.






Laporan Kedua berlaku di Terachi melibatkan 3 lelaki Melayu pada 24/8/2015

Salam YDH Tn OCPF dan Tn T/OCPD Pilah.

CUBAAN MELARIKAN ORANG.
Kejadian cubaan melarikan orang
bersangkut Terachi Repot : 375/2015, Sek. 393/511 KK @ Ip/No : 358/15.

Pengadu
Nurhidayah Binti mohamad Darus
umur : 17 Tahun
kerja pelajar Smk Dato Abd Samad Tg Ipoh

Ringkasan Kes :-

Pada 24/08/2015 Jam lebih Kurang 6.30 Pagi Pengadu bersendirian menunggu Bas di Bus stop Terachi. Pengadu telah di datangi oleh M/van warna putih No pendaftaran Tidak pasti. Lalu dua orang lelaki telah keluar dari dalam van tersebut dan mengajak pengadu utk masuk ke dalam van tetapi pada masa itu pengadu enggan mengikuti kemahuan dua lelaki tersebut. Kemudian telah berlaku pergelutan fi mana salah seorang saspek telah mengeluarkan pisau lipat dan cuba menikam pengadu. Mujurlah pengadu sempat elak dan tidak kena, selepas itu pengadu telah di ketuk menggunkan objek keras di belakang badanya. Wbp pengadu tidak pengsan dan terus melawan sehingga pengadu telah dapat menendang buah zakar salah seorang saspek. Kemudian ketiga-tiga saspek melarikan diri ke arah Seremban.

siasatan :-
Pengadu telah Di rujuk Ke hospital Kuala Pilah dan di sahkan hanya mengalami kecederaan "soft Tissues injuries".
Sebab lambat Buat Laporan polis pengadu tidak tahu merujuk kepada siapa lagi di sebabkan Pengadu berada di sekolah. Selepas selesai sekolah barulah Pengadu Beritahu Bapanya dan bapanya telah bawa pengadu datang ke balai untuk buat laporan polis.

Pengecaman Saspek :-
-Di Percayai 3 L Melayu berdasarkan percakapan yang di gunakan B.melayu.
- fizikal dua saspek, badan rendah dan kurus. Manakala pemandu Van pengadu tidak nampak fizikal.
Pengadu tidak cam muka saspek dan Foto fit tidak dapat di buat kerana keadaan pada masa kejadian masih gelap.
- Hebahan DCC Kuala Pilah telah dibuat kpd semua petugas di ground.

Siasatan sdg diteruskan.
Tqvm YDH Tuan.


Dibawah ini adalah info harga organ yang di viralkan di media sosial dan juga wasap.


Harga organ;

Jantung rm800k
Buah pinggang rm600k
Mata rm10k
Paru2 rm100k
Hati 200k

P/s: hati-hati semua... penculik ramai sekarang terutama penculik budak2 bawah 15tahun sebab organ2 masih berfungsi dgn baik. Copy n paste dr kwn group Occupational safety and Health = perhatian kepada yang duduk di area Langkawi Kedah / Pulau pinang / Seberang Prai / Ipoh / gopeng /kampar/malim nawar dan tanjong tualang atau area perak tolong berhati-¡¡ masa anda balik kerja atau anak-anak ke sekolah, bersendirian, tadi dari gopeng sebuah proton wira dan van warna putih yang disyaki terlibat dalam kes penculikan dan menjual organ sedang berlegar di area kg bunga tanjong dekat malim nawar tolong berhati-hati ketika bertemu dengan lelaki yang tidak dikenali terutama kepada kaum wanita ...




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ