Jumpa Zakar Tiruan Zaman Purba Usia 300 Tahun



WARSAW — Sekumpulan saintis arkeologi Poland berjaya menemui sebuah alat bantu seks purba yang berusia lebih 300 tahun dari sebuah tandas zaman kuno di kota Gdanks, kira-kira 415 kilometer ke utara ibu negara Poland, Warsaw.

Alat bantuan perangsang nafsu berbentuk batang kemaluan lelaki itu berukuran panjang 20 sentimeter dan dijumpai secara kebetulan ketika penyelidik arkeologi tempatan mencari gali di tapak sebuah sekolah lama dibina sekitar kurun ke-18.

“Zakar tiruan ini ditemui di sebuah tandas dan dipercayai berasal pada lewat abad ke-18,” kata seorang jurucakap pejabat Pemuliharaan Monumen Wilayah Pomerania di Gdanks, sebuah bandar pelabuhan terbesar di utara Poland.

“Objek bersejarah ini cukup besar dan tebal, diperbuat daripada kulit dan berisi bulu, serta memiliki bahagian yang berasal daripada kayu dengan keadaannya sangat baik, mungkin untuk bantu wanita mudah melancap,” katanya lagi.

Pakar sejarah Poland percaya, seseorang mungkin menjatuhkannya secara tidak sengaja ke dalam lubang tandas namun, alat bantu seks itu sudah dibawa ke makmal saintifik untuk diteliti dan mendapatkan proses rawatan lebih lanjut.



Benda berbentuk penis atau disebut juga dildo sudah banyak ditemui sepanjang sejarah manusia purba dan penyelidik tidak menolak kemungkinan zakar palsu itu popular digunakan wanita yang mungkin bertugas sebagai pelacur.

Penyelidik Eropah pernah menemui sebuah patung permainan seks di Jerman berusia 28,000 tahun selain beberapa kondom kurun ke-17 di England yang menjelaskan manusia pada zaman dahulu pernah mencipta alat kelamin tertentu.

Selain menemui alat bantu seks kuno itu, saintis Poland juga menjumpai sejumlah pedang purba di Gdansk yang memberi gambaran tempat tersebut dahulunya adalah sebuah sekolah untuk latihan ahli pedang profesional. – Agensi/A.AMREE




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ