Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PAYUNG GERGASI DI MASJIDIL HARAM MULA DIPASANG



SATU daripada lapan payung lipat terbesar di dunia mula dipasang sejak Khamis lalu.


MAKKAH - 14 Mac 2016: Satu daripada lapan payung lipat terbesar di dunia mula dipasang sejak Khamis lalu di Masjidil Haram di sini. Selain payung gergasi berteknologi tinggi, 54 payung kecil akan turut dipasang di Masjidil Haram dalam tempoh enam bulan akan datang. Setiap payung buatan Jerman itu dilengkapi dengan sebuah jam gergasi, skrin garis panduan untuk jemaah, penyaman udara dan kamera pengawasan.


Setiap payung mempunyai ketinggian 45 meter dengan berat 16 tan. Ia akan memberikan naungan kepada kawasan seluas 2,400 meter persegi apabila dibuka. Sejumlah 25 jurutera, juruteknik pakar dan pakar-pakar keselamatan dari Jerman akan menyelia proses pemasangan dan mekanisme operasi elektronik. Selain itu, 54 payung kecil juga akan dipasang di halaman utara, meliputi kawasan seluas 19,200 meter persegi. Sebanyak 122 bangku untuk jemaah serta bangunan perkhidmatan akan turut dibina sebagai sebahagian daripada projek itu. Kerja-kerja infrastruktur bagi pemasangan kanopi juga sudah bermula. - Agensi


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ