Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



RESEPI SARDIN HOMEMADE

Resepi Sardin Homemade


CARA-CARA UNTUK BUAT SARDIN SENDIRI

Kerana sardin yang dijual meragukan, mari kita buat sardin mengikut resipi sendiri. Malahan rasa pun sedap dan kebersihannya terjamin ❤️

Resepi Sardin Homemade

Bahan-bahannya.

1 labu bawang besar
1 labu bawang bombay (kuning)
3 ulas bawang putih
(Semua bawang di potong dadu)
4 sdm sos cili
4 sdm cili kisar
1 tin tomato puri
2 keping asam keping
3 sdm tepung jagung di bancuh dengan sedikit air
1 kg ikan sardin atau ikan tongkol segar/basah di buang kepala dan isi perut basuh dan toskan
Garam/Gula


Tumis bawang yang di dadu hingga kekuningkan
Masukan sos cili, cili kisar, tomato puri, asam keping goreng hingga pecah minyak

Masukan air ikut banyak ikan - agak ikan tengelam ( lebih air sebab nak bagi kuah mereneh lama dalam periuk)

Perasakan kuah secukup rasa , masukan bancuhan tepung jagung

Tutup periuk dan biarkan ikan masak dan kuah mereneh ( resepi asal biarkan dalam 1 jam, jika ikan tidak banyak cuma dalam 30 minit sahaja). Jika kuah agak pekat boleh lah tutup api.

Sejukkan dan boleh masuk dalam bekas tupperwere kedap udara untuk simpanan lebih lama.

Juga boleh disimpan dalam peti ais dan apabila nak masak hanya panaskan dan boleh tumis bersama bawang besar yang dihiris gelang, cili besar, tomato dan masukan sardin homemade... siap.
πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Tolong sebarkan untuk semua mencuba resepi baru SARDIN HOMEMADE ini dalam keluarga kita.

Hindari sardin import yang memudaratkan kesihatan kita di samping menjimatkan kos sara hidup.

Cuba dahulu baru tahuπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Nota: admin tak tahu resepi ni dari siapa sbb admin dapat dari group wasap. Apapun admin ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang mencipta resepi ini.


1 comments:

good sharing

30 June 2018 at 21:52 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ