Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Surau perempuan dan adegan yang tak sepatutnya berlaku.



C&P

Surau perempuan dan adegan yang tak sepatutnya berlaku.

Kita pergilah mana mana mall pun, kebiasaannya surau perempuan akan lebih sesak berbanding dengan surau lelaki. Nak pulak waktu weekend atau cuti sekolah, fuhhh...macam nak rebut sale happy hour lah gayanya! Ha camtulah nak habaq kata penuh ya Rabbi tu.

Dekat surau perempuan ada lebih ramai kanak kanak, sebab kebiasaannya anak anak akan suka nak ikut mak. Lagipun akan ada yang akan menyusukan anak dalam surau. So anak anak lebih suka ikut mak.

Jadi, memang surau perempuan kebiasaannya penuh, especially waktu Maghrib.

Orang perempuan ni pulak complicated, ada handbag, ada beg pack, ada beg susu.
Yang jenis pakai shawl tu pulak lagilah complicated, nak kena cari tempat sangkut tudung dia. kau terhenggot sikit, kemain dia jeling. Huh! Kadang dia bentang shawl dia kemain besooo makan surface area, dah kurang ruang orang nak solat.

Nak ambik wudhuk pun satu hal. Tak secepat orang lelaki. Perempuan yang pakai mekap ni nak kena buang mekap dulu la, padam itu, padam ini. Dah solat nak lukis dan warna semula itu dan ini.

Jadi,

Isunya disini adalah apabila wujudnya segelintir jenis perempuan yang tiada common sense dan pentingkan diri.

1. Jenis taknak bawa telekung, pakai telekung wakaf surau, tapi nak conquer. 🧘

Jenis perempuan macam ni biasanya dia akan buat jenis solat pakej combo. Contoh solat Asar hujung waktu, lepas tu tunggu sekejap terus nak solat Maghrib. Lantak dia lah. Itu dia punya pasal. Isunya adalah apabila dia pakai telekung surau, lepas tu dah habis solat Asar tak nak buka telekung tu. Dia nak pakai terus telekung tu untuk Maghrib. So dia duduk je diam diam je kat sejadah sedangkan orang lain tengah menunggu kat belakang tunggu telekung untuk solat Asar. Eh hellooo...dah lah tu bukan telekung kau kau nak main cop cop gitu, boleh tak jangan selfish sangat? Dahulukan orang yang nak solat asar tu ha. Pernah sekali, ramai gila orang tak dapat solat Asar di surau SOGO masa tu sebab begitu ramai mangkuk hayun dok melepak taknak bangun atas sejadah sambil pakai telekung wakaf sebab tengah tunggu Maghrib!

2. Jenis suka cop tempat solat, walhal wudhuk pun belum ambil.🀷

Kalau surau tu tengah lengang, tak apalah. Ni tak, orang tengah beratur panjang untuk ambil wudhuk, dia baru masuk surau, gigih ambil telekung surau yang tinggal sepasang dua je yang tu, lepas tu bubuh kat sejadah dengan beg beg dia. Lepas tu baruuuuuuu dia nak pergi beratur ambil wudhuk. Dahlah beratur tu panjang. Kalau kau bagi orang lain yang dah ada wudhuk tu solat dulu, dah boleh dua tiga round dah orang solat kat situ. Ni orang yang dah ambil wuduk tu terpaksa berdiri terjegat sambil tunggu ada ruang kosong untuk solat. Entah apa apa!

3. Jenis suka mekap atas sejadah. πŸ’…

Dah habis solat tu, bangunlah! Kau nak mekap mekap atas sejadah tu apehal. Tak nampak ke penuh surau ni orang tengah beratur nak solat pulak. Mekap lah kat toilet ke dekat rak kasut ke tepi tong sampah ke ah mana manalah janji bukan dekat ruang orang solat. Benda simple pun tak boleh fikir. Tahu nak cantekkkkkkkk je, attitude out. Hahah!

4. Jenis kalau boleh nak mandi dekat tempat wuduk. 🏊

Bila orang ramai, sentiasa utamakan benda yang wajib sahaja. Islam cukup mengutamakan sikap mempermudahkan orang lain. Bila kau tengok orang ramai beratur, tak payahlah kat situ jugak kau nak berus gigi, cuci muka pakai scrub bagai. Setakat cuci muka untuk tanggalkan mekap tu ok lah, ni yang lebih lebih ni dah kenapa. G balik mandi lah! Boleh tak buat benda yang wajib je dulu? Yang sunat tu, kalau tak menyusahkan orang lain tak apa, ni kau dah lah masuk surau dah nak habis waktu, kau ambil wuduk je dah bermenet menet, silap haribulan orang lain boleh telepas waktu sebab nak layan karenah kau ni.

5. Jenis tunggu member dalam surauπŸ™

Adoii...dah kalau kau period, tunggu lah dekat Starbucks ke, pergi baca buku dulu dekat Kinokuniya ke, shopping kedai DIY main kuda pusing dulu ke apa. Kau bukannya budak kecik yang kena ikut mak dia. Ni duduk buat halaqah tiga empat orang sambil main phone. Bila orang tanya, dah solat ke? Eh saya cuti, tunggu kawan. Aku hambat kau nanti. Bagilah ruang tu untuk orang solat. Common sense ke laut budak budak sekarang ni. Tudung je ala ala hijabista. Akal nya terlilit sekali dengan tudung tudungnya barangkali. Pernah sekali tu, ada seorang acik guard ni buat pengumuman kuat kuat dalam surau, dia cakap siapa yang tengah main phone semua keluar. Kat luar boleh main phone. Bagi ruang orang nak solat. Yang period yang tunggu kawan semua tunggu kat luar. You know what?? Ramai betul adik adik anak dara bangun. Ya Allah...dalam sekawan 7 8 orang tu, yang solatnya 2 orang je gamaknya. Yang lain tu memenuhkan ruang lantai je. Pebendapuntakboleh! Lelaki mana lah yang tergila gilakan diorang ni. Tiber. 😝

6. Jenis buat segala benda sunat time orang tengah menunggu giliran. 🀦

Kalau kau jenis kuat beribadah, mohonlah datang surau tu awal. Time orang tak tergesa-gesa. Time kau boleh have your own sweet time untuk buat solat sunat qabliah, ba'diah, hajat, tasbih, tahajjud, or even nak baca al ma'thurat ke, sirah nabi ke apa. Ni time maghrib yang orang dah macam sardin tu lah kau nak solat sunat lah, sujud lama lah, doa siap baca doa arwah tahlil segala lah. Ya Allah....yang orang lain macam terputus nyawa menunggu ruang nak solat. Kesian dekat ibu ibu yang ada anak kecil. Benda benda sunat ni, buatlah waktu kau bersendirian. Surau dekat mall ni tempat awam, sempit, dan kebiasaannya sangat ramai orang pada waktu waktu tertentu. Bertimbang rasalah.

7. Jenis buang cotton pad mekap dekat tempat wuduk.

Eh dia dah buang mekap bagai sebab nak wuduk sempurna kononnya, terus jadi perangai huduh tinggal cotton pad dia gitu. Banyak cantekk muka kau. Orang seterusnya yang nak ambil wuduk tak selera lah nak tengok sisa sisa mekap kau tu. Kalau benda tu terjatuh ke lantai, basah kembang sumpah geli. Buatnya termasuk pulak ke lubang air tu, ha dah sumbat. Tak pasal-pasal banjir tempat wuduk tu. Ape ke punya perangai. Buanglah dalam tong sampah. Kalau tak ada, simpan je dulu dalam beg ke apa. Balik kang buanglah.

8. Utamakan ibu mengandung, orang tua, dan ibu bersama anak kecil.

Yang ni simple. Mana mana pun kau utamakanlah tiga golongan ni. One day, kita semua akan merasa jadi golongan golongan tu. Insya Allah. Masa tu kau tahulah betapa strugglenya nak bersesak di tempat awam.

.
.

Kesimpulannya,

Hidup ni, kena fikir untuk senangkan orang lain. Kalau tak mampu sangat, cukuplah jangan menyusahkan orang lain. Agama ni kena faham, jangan ambil separuh-separuh. Benda sunat, tapi jika dibuat pada waktu dan cara yang salah, tak jadi pahala dah. Dikira memberi mudharat dekat orang pula. Bayangkan jika disebabkan kita, ada orang lain yang mungkin terlepas 5 waktunya.

Kau jangan fikir one way,

'la dah tahu taknak bersesak janganlah pergi mall'. Eh hello, akak cakap bab sikap ni. Sanggup pergi mall time sesak tu pilihan individu, tapi bersikap dengan sikap buruk ni tak sepatutnya jadi pilihan sesiapa.

'Tulah, siapa suruh solat hujung hujung waktu'. Ini bukan soal awal ke hujung. Ini soal sikap. Kalau Maghrib dari sebelum masuk waktu sampai ke Isyak ha gitulah penuhnya. Bersikaplah dengan baik dan bertimbang rasa tak kira lah bila pun anda solat.

We could make a better world tomorrow by doing a small change today. πŸ₯³

Pesan akak satu je, kalau kau jenis pakai baju tak solat friendly, tolonglah bawa telekung sendiri kalau boleh. Disamping hassle free, terjamin bersih, dan kau boleh selamatkan orang yang dah nak terlepas waktu sebab tak ada telekung tu dengan offer yours.

Live beautifully. ♥️

Yang maramara,
Izyan.

Nota: Berjuta bintang di langit admin kasi untuk artikel ni..


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ