Polis Wanita Dulu Dan Sekarang
Assalamualaikum wbt...
Apa ya topik hari ini? Letih juga memerah otak hehehe. Tiba-tiba Ida ternampak lah gambar ini kat desktop komputer emak... ermmm hari-hari Ida tengok gambar ini, rasa menarik dan kagum sangat. Rasa kagum kerana Ida tidak berpeluang merasainya atau melaluinya.
Al-Kisah, gambar Polis-Polis Wanita di atas adalah teman-teman seperjuangan emak Ida di Cawangan Trafik, Ibupejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru. Sebenarnya mereka kesemuanya ada lapan orang, mungkin lagi empat orang berada di sebelah kanan karpet biru itu. Mereka ini adalah di antara polis-polis trafik wanita yang bertuah dan di amanahkan untuk membuat tugas-tugas rider DYMM Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Glamourkan mereka? Rasa jealous lak bila mereka berpeluang membawa dan menguasi Motorsikal Harley Davidson yang berkuasa tinggi itu.
Malaysia sekarang sudah maju dan moden. Bila melihat mereka yang gah dengan Motorsikal yang berkuasa tinggi terlihat pula gambar yang ini (bawah). Tak pasti tahun bila, mungkin tahun 70an kot yang mana polis wanita masih lagi memakai skirt. Pada tahun itu, memang bermotorsikal sebegitu sudah di anggap maju dan moden bagi polis wanita. Tetapi sekarang sudah berlambak-lambak polis trafik wanita yang mahir menguasai motorsikal berkuasa tinggi seperti VFR, ST, CBR, CBX dan lain-lain.
Diucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM kerana telah memartabatkan polis wanita, dari memakai skirt dan sekarang sudah berseluar panjang dan bertudung. Sesungguhnya kerja-kerja mereka adalah mulia kerana menjaga keamanan negara yang tercinta. Berbaktilah dengan ikhlas dan jujur agar dipandang mulia di sisi Allah swt mahupun masyarakat sekeliling.
3 comments:
amat malang kini tugas polis terganggu dengan tindakan poliTikus dan joNgos-jonNgos yang memanipulasi undang-undang sediada untuk kepentingan gerombolan mereka.....
Betul la uncle... dorang ni digolek luka, tergolek pun luka
mereka telah berubah dengan menutup aurat
white satu
Post a Comment