Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



TERKINI!!! Tanpa amaran, Datuk Seri Zahid tahan filem New Village?

Ops!! ini bukan cerita politik ya!!



Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis... - Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

Jika benar - Ida nak ucapkan Alhamdulillah.




Filem New Village menayangkan kaum Cina sebagai mangsa komunis dan British tapi juga mahu gambarkan CIna komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ingat Melayu lupa ke AMCJA yang amnbilalih kerajaan seminggu dan bertndak kejam. Mereka memasuki istana-istana dengan hasrat mahu menangkap dan bunuh Sultan dan Raja-Raja Melayu. Keluarga di Raja dan kaum bangsawan masih lagi ingatkah peristiwa ini? Tak faham macam mana LPF boleh luluskan? Tahukah Lembaga LPF menilai filem? Satu hal lagi, macam mana FINAS boleh beri tarikh 26hb Ogos, dua hari sebelum tarikh tayang Tanda Putera pada 28hb.


Kredit: The Unspinners


Nota kaki: Menurut kata arwah opah Ida, moyang Ida (ayah opah) telah dibunuh dengan kejamnya oleh komunis semasa sedang menoreh getah di Rasa, Selangor. Ketika itu komunis meminta beras kepada moyang tetapi moyang Ida tak beri sebab dia pun takde beras. Komunis kata moyang penipu dan menembak moyang di situ juga. Moyang perempuan (emak opah) juga hampir2 dibunuh, nasib baik dia selamat kerana ketika itu orang-orang kampung datang selamatkan dia. Kemudian komunis2 tu terus lari masuk ke dalam hutan. Kejamkan mereka?


2 comments:

Di manakah komunis sekarang dikala sudah ketahuan, MP DAP anak sedara Chin Peng

29 July 2013 at 01:24 comment-delete

lihat sejarah dan kita akan tahu :)
elok semak dulu... kan kan... :)

Sop
29 July 2013 at 23:20 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ