Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SITUASI PROTES KENAIKAN TOL DI TAMBAK JOHOR PULIH SEPENUHNYA




Pemandu bas Malaysia yang membawa pekerja kilang serta kanak-kanak sekolah dari Johor Bahru ke Singapura telah melancarkan mogok pagi ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di Tambak Johor.




Dalam laporan Channel News Asia, mogok tersebut dilancarkan disebabkan kenaikan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) berkuatkuasa hari ini, 1 Ogos yang akan memberi kesan ke atas kemasukan kenderaan dari kedua-dua arah.

Singapura telah mengumumkan kenaikan caj VEP daripada S$20 (RM51.40) kepada S$35 (RM90) sehari.



Manakala kadar tol baharu dari arah masuk Malaysia bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 masing-masing ialah RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

Dilihat sepasukan anggota polis Trafik Ibupejabat Polis Kontinjen Johor, Polis Trafik IPD Johor Bahru Selatan dan Polis Trafik Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) mengawal kesesakan yang berlaku di pintu masuk BSI (CIQ) yang menuju ke Tambak Johor.









Baca juga di sini:

Suasana Waktu Pagi Di Check Point BSI Ke Singapore






0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ