PERKATAAN BOIKOT (BOYCOTT) BERASAL DARI SEORANG TENTERA ISRAEL!!!




 

Semenjak dua ni perkataan yang trending di internet ialah 'BOIKOT".

Perkataan boikot ni berasal dari nama seorang pesara tentera di Ireland bernama Captain Charles Boycott. Beliau adalah wakil hartanah kepada Lord Erne, tuan tanah yang memiliki antara tanah pertanian terbesar di Ireland.


Pada tahun 1880 akibat kemerosotan hasil tuaian, Lord Erne telah menawarkan potongan sewa sebanyak 10 peratus kepada petani petani yang menduduki tanahnya. Namun petani petani tersebut meminta beliau memberi potongan sebanyak 25 peratus yang tidak di persetujui oleh Lord Erne.

Sebagai agen yang mentadbir tanah Lord Erne, Charles Boycott telah mengusir beberapa petani yang enggan membayar sewa. Tidak berpuashati dengan tindakan tersebut masyarakat setempat mengambil tindakan dengan memulaukan Charles Boycott . Penduduk di larang mengusahakan tanah milik Boycott, peniaga tempatan enggan berurus niaga dengan beliau malah posmen juga enggan menghantar surat ke rumahnya.

Akibat dari pemulauan tersebut nama Boycott mula di kenali ramai di seluruh Ireland. Perkataan boikot pertama kali di gunakan apabila akhbar Ireland, The Times melaporkan pemulauan tersebut dengan menulis "The people of New Pallas have resolved to 'boycott' them and refused to supply them with food or drink.”..

Kredit: Blue Oocean fb





3 comments:

good sharing

3 August 2014 at 10:30 comment-delete

nice sharing

4 August 2014 at 17:44 comment-delete

semoga kita terus menentang yahudi...

4 August 2014 at 17:46 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ