Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GEMPAR!!! Chegubard Saman Presiden PAS Haji Hadi Awang


Chegubard Saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang



KUALA LUMPUR 9 Ogos - Selepas bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin mengemukakan saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perkara yang sama mungkin dilakukan oleh Badrul Hisham Shaharin.

Menerusi laman pisau.net dan mymassa menyiarkan surat daripada pejabat peguambela & peguamcara Vasudevan Appu mewakili Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai CheguBard yang ditujukan kepada Abdul Hadi.

Surat serahan tangan 6 Ogos itu bertajuk “Kenyataan Fitnah Terhadap Badrul Hisham Shaharin.”

“Kami merujuk perkara di atas di mana kami mewakili En. Badrul Hisham Shaharin yang beralamat di No. 1500, Sungai Setar Kecil, 14310, Nibol Tebal, Pulau Pinang.

“Kami telah diarahkan oleh anakguam kami adalah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh, Pulau Pinang dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada 2013,” kenyataan daripada surat itu dipetik.

Alasan yang digunakan Badrul Hisham hampir sama dengan hujah Mohd. Shamsul Mat Amin yang merujuk kepada ucapan Presiden PAS di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, Terengganu, pada 22 April 2013.

Dalam ceramah bersempena dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu, Abdul Hadi telah mengeluarkan kenyataan berbentuk umum bahawa ada di antara calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk menjual pil kuda dan berfahaman komunis sebagai alasan kenapa berlakunya pertindihan calon-calon PAS dan PKR di kawasan-kawasan tertentu.


Chegubard Saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang



Sumber: www.rakyatnews.my


Baca juga di sini:

Tuan Guru Haji Hadi Diperintah Bayar RM2 Juta Atas Saman Fitnah



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ