Asal Usul Lambang Bendera Israel


Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid.

Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.

Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s).

Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam, lambang Israel.






Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.

Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.




Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada.

Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun.

Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini.

Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Lambang Israel

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi.

Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Penduduk Palestin merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Benarlah kata hukama’:-

“Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”

sumber: zharifalimin.blogspot.com





3 comments:

Nice sharing

8 August 2014 at 23:11 comment-delete

Blogwalking

8 August 2014 at 23:11 comment-delete

nice

20 August 2014 at 10:40 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ