Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



LEPAS BOIKOT McD KITA BOIKOT ROKOK PULA




Harap-harap ROKOK menjadi barangan KEDUA selepas McD di BOIKOT diseluruh dunia terutama DUNIA ISLAM...Kita boikot satu persatu...

Ya, Rokok tak sama dengan McD. Tapi seharusnya kalau berjuang untuk boikot McD maka perjuangan juga perlu diteruskan untuk boikot rokok juga. Sebab ape? sebab industri rokok adalah juga merupakan sumber utama yg menyumbang wang kepada Israel melalui hasil jualan tembakau.Untuk pengetahuan, Philip Morris merupakan syarikat tembakau yang berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna. Philip Morris tidak kisah dengan 400,000 kematian setiap tahun di Amerika Syarikat asalkan ia memberi keuntungan yg begitu besar dari segi ekonomi. Apa lagi fakta antara ROKOK dan ISRAEL?

Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.
Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.
Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.
Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang.Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.
Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehiJika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari. Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta). Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta SEHARI. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 SETAHUN. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.


Tidakkah kita berasa apa-apa?
Tidakkan kita terasa nak boikot rokok sama seperti kita boikot McD?
Tidak adakah perasaan nk usaha berhenti merokok?
Tidak adakah tekad untuk berhenti merokok?Memang orang akan berkata..CAKAP SENANG LA..

Ye kalau tak cakap maknanya perokok tak tahu..jihad untuk berhenti merokok kerana suruhan agama, kerana melindungi kesihatan ahli keluarga dan kerana Allah yg pastinya, juga merupakan jihad yg pasti Allah akan pandang. Jika saudara seagama kita di Palestin berjihad penuh tekad memegang senjata, kita juga perlu melakukan perkara yang sama..jihad itu kalau ianya mudah bukan dinamakan jihad. Jadi berjuang la dalam kepayahan untuk BERHENTI MEROKOK. Allah tahu niat mu..Allah tahu doa dan usahamu..berapa ramai dah yg buktikan berjaya berhenti merokok jika btul2 tekad. Jadi sebagaimana anda melancarakan serangan boikot kepada McD, sewajarnya juga anda melancarkan serangan boikot kepada ROKOK. Sudah jelas hukum rokok dalam Islam.


Sumber: whatsapp


1 comments:

Jika kita hendak boikot produk yg menyumbang ekonomi i s r a e l, ekeke.. Bukannya sedikit kat malaysia.. Kita telah sebati denganya puluhan tahun.. Malah proksi ekonomi mereka telah bertapak puluhan tahun di malaysia.

9 August 2014 at 22:58 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ