Jadi Wanita Amat Menyusahkan Dan Memenatkan!!!




Seorang pondan yang sebelum ini mendapat sokongan penyanyi Katie Price untuk melakukan pembedahan jantina bernilai £10,000 (RM53,000) kini memohon Tabung Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) membiayai satu lagi pembedahan untuk kembali menjadi lelaki.

Chelsea Attonley, 30, yang dilahirkan sebagai lelaki dan dinamakan Matthew mendakwa kehidupan sebagai perempuan ‘terlalu meletihkan’ dan mengharapkan pembedahan berjumlah £14,000 (RM74,000) itu dibiayai wang pembayar cukai melalui NHS.

Dia yang menukar namanya pada 2008 selepas pembedahan membesarkan payudara memberitahu majalah Closer bahawa dia letih berpakaian dan berkelakuan seperti wanita, tambahan pula tidak pernah diterima sepenuhnya sebagai perempuan oleh orang sekeliling.

Sehubungan itu, dia mahu melakukan pembedahan mengecilkan payudara selain mendapat alat sulit lelaki palsu.

“Memang sejak kecil saya mahu menjadi perempuan, namun hakikatnya saya tidak akan menjadi wanita sebenar tidak kiralah berapa banyak pembedahan dilakukan,” katanya.

“Malah saya turut mengalami kemurungan akibat pengambilan hormon. Lebih baik saya terima saja hakikat saya dilahirkan sebagai lelaki,” katanya.

Chelsea yang mengalami krisis identiti sepanjang membesar memilih menjadi pondan dikenali sebagai Miss Malibu sebaik dewasa.

Dia juga pernah mengalami kemurungan selepas usahanya melakukan pembedahan jantina ditolak doktor.

Bagaimanapun, Chelsea yang kerap meniru gaya Katie dengan memakai kasut tumit tinggi serta rambut palsu sepertinya kemudian terserempak dengan idolanya itu di sebuah kelab malam pada 2007.

Semangatnya kembali berkobar-kobar untuk melakukan pembedahan selepas Katie memberi galakan dan dia berjaya memujuk doktornya membuatnya.

Malangnya, tujuh tahun selepas pembedahan itu, Chelsea mahu kembali menjadi lelaki tanpa mengeluarkan wangnya sendiri.

Pertubuhan Pembayar Cukai (TPA) berkata NHS tidak patut melayan permintaan Chelsea itu.

Pengarah penyelidikannya Alex Wild berkata: “NHS perlu menapis kes-kes yang memang memerlukan rawatan berbanding pembedahan yang dibuat sekadar untuk memenuhi kehendak kecantikan.

“Cukuplah wang pembayar cukai dibazirkan,” katanya.

Sementara itu, Chelsea tidak langsung menunjukkan rasa bersalah kerana mahu NHS membiayai pembedahannya untuk kembali menjadi Matthew.




1 comments:

Pulak dah..

5 October 2014 at 12:33 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ