Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MAHALNYA MALAYSIA... MURAHNYA UK






Status ini telah di muatnaikkan oleh Rysherz Rayn di facebook miliknya seolah-olah begitu berbangga dengan kehidupannya di UK dan status ini juga telah menjadi viral bagi mereka-mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negara luar sana. Mereka juga turut berbangga untuk berkongsi status ini serta terikut-ikut dengan delusi dan ilusi 'kemurahan hidup' di sana tanpa berfikir secara mendalam. 

Betulkah segala-galanya murah di negara luar sana? Jom kita baca sedikit penerangan di bawah.




Orang yang kerja part time dekat UK tak dikenakan income tax. Jadi dia tak layak bercerita pasal harga pisang, epal dan Kinder Bueno yang murah. Sebab orang yang bayar income tax yang paling minimum 40% tu yang menyumbang pada ekonomi negara, rizab nasional dan sebagainya.

Dan golongan-golongan taxpayer ni kena hidup sama rata dengan pekerja part time ni untuk menampung gaji minimum diorang. Buat penat je belajar tinggi-tinggi, tapi progression takde.

Nak tau kenapa golongan professional marah dengan golongan kelas rendah dekat UK? Kalau ibu tunggal yang saja-saja mengandung untuk dapatkan 'welfare benefit' dari kerajaan, tambah pulak dengan kes dekat atas ni, siapa yang tak marah?

Boleh hidup dengan duit welfare dengan kerja part time je. Kalau macam ni tak payah la ada visi dalam hidup. Kita semua boleh kerja suka-suka, lepas tu harapkan golongan taxpayer kerja bagai nak mati.







MAHALNYA MALAYSIA... MURAHNYA UK

Salam. Saya dapati banyak sangat... terlalu banyak rakyat Malaysia disumbat dengan delusi dan illusi yang dipamerkan oleh hamba ALLAH ini membuatkan mereka tidak memahami betapa dunia di luar sana memang sebuah dunia yang sekejam-kejamnya.

Ya... memang murah segala makanan dan servis di UK kalau nak dibandingkan dengan negara kita. TETAPI... tahukah semua kemurahan itu harus dibayar oleh kadar cukai yang tinggi oleh rakyat UK? Kita kena cukai 6 Peratus GST pun dah meroyan seorang demi seorang di internet ni, apatah lagi bila dicaj cukai yang maha tinggi.





Nah, saya kongsikan dengan anda, link yang membuka mata anda tentang kadar percukaian di UK:

1. http://www.thestudentroom.co.uk/showthread.php?t=2243287 (Poll tentang keadaan cukai di UK)











Hakikatnya sekarang... kita sedang duduk di dunia yang dikuasai oleh para kapitalis, sebuah sistem kapitalis. Anda harus sedar tiada benda yang terlalu murah atau percuma melainkan anda diberi dengan semua itu, dalam masa yang sama anda dirompak dari sudut yang lain.

Suka saya memetik komen sahabat saya yang pernah menyambung pelajaran di Liverpool iaitu Rashidee Shukri:

"Orang yang kerja part time dekat UK tak dikenakan income tax. Jadi dia tak layak bercerita pasal harga pisang, epal dan Kinder Bueno yang murah. Sebab orang yang bayar income tax yang paling minimum 40% tu yang menyumbang pada ekonomi negara, rizab nasional dan sebagainya.

Dan golongan-golongan taxpayer ni kena hidup sama rata dengan pekerja part time ni untuk menampung gaji minimum diorang. Buat penat je belajar tinggi-tinggi, tapi progression takde.

Nak tau kenapa golongan professional marah dengan golongan kelas rendah dekat UK? Kalau ibu tunggal yang saja-saja mengandung untuk dapatkan 'welfare benefit' dari kerajaan, tambah pulak dengan kes dekat atas ni, siapa yang tak marah?

Boleh hidup dengan duit welfare dengan kerja part time je. Kalau macam ni tak payah la ada visi dalam hidup. Kita semua boleh kerja suka-suka, lepas tu harapkan golongan taxpayer kerja bagai nak mati."

Suka juga saya memetik komen sahabat saya Mira Lyana yang berpengalaman melanjutkan pelajaran di luar negara.

"Adakah kos sara hidup sekadar makan?

Tidak adil perbandingan ini.

Untuk menentukan sama ada benar-benar MURAH DAN MAMPU MILIK, kita kena berpaksikan kepada asas kehidupan- makanan, tempat tinggal, air, elektrik dan servis yang 'essential'.

Firstly perbandingan di atas sangat tak boleh digunapakai atas faktor barang yang dibanding adalah tidak sama sifat dari aspek import dan eksport. Adakah murah durian di UK berbanding di Malaysia? Kita semua tahu jawapannya. Kerana tidaklah sama kos barangan import dan barangan eksport.

Kedua seperti dikatakan, perbandingan tidak menyeluruh. Harap orang yang bencikan Malaysia ni boleh dengan adilnya membandingkan harga sewa seminggu, harga kos parking kereta seminggu, harga makan seminggu, harga pengutipan sampah purata seminggu, bil air dan elektrik seminggu, dll yang seminggu bagi Malaysia dan UK.

Pada saya orang yang dalam hujahnya terus terang menyatakan kebencian kepada tanah air, tidak boleh dipandang tinggi. Apakan daya. Rakyat Malaysia memang suka negaranya jatuh. Sebab itu beribu-ribu orang sanggup share kenyataan tidak berasas sebegini."


dikatakan bahawa KOS SARA HIDUP DI UK ADALAH 161 PERATUS LAGI MAHAL DARIPADA MALAYSIA.

P.S: Ini bukan status ampu kerajaan tapi status MENDEPANI REALITI. Jangan biarkan hidup anda dipenuhi delusi, illusi dan imaginasi.

-HE-


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ