Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



HANTU 1MDB MEMBURU MANGSA!!



HANTU 1MDB MEMBURU MANGSA!


Nampaknya hantu 1MDB sudah memburu mangsa-mangsanya. Najib pernah berkata dia mahu matyeh-matyeh yang setia kepadanya, tak perlu yang bijak. Bila Muhyiddin menyoal tentang duit RM2.6 bilion dalam akaun pribadinya di Ambank Najib tidak memberi jawapan yang memuaskan. Tapi dia mengaku akaun itu dia punya. Akibat ingin tahu sumber wang itu Muhyiddin dipecat. Shafie Apdal juga dipecat. Lahirlah kabinet "Najib Fan Club". TS Sanusi Jonid memberi nama "kabinet 1MDB" yang ahli-ahlinya angguk seperti kaldai kenyang tanda kesetiaan tetapi tidak bijak seperti yang dihasratkan Najib sendiri.


Najib tetap dihantui kebimbangan. Dia dan mama montel paling takut kalau hilang jawatan PM. Ada bala lain menunggu mereka kalau hilang jawatan. Bila meragui kesetiaan Gani Patail, mantan peguam negara, terus dipecat, Maka diciptareka kononnya ada konspirasi hendak menjatuhkan kerajaan pula. Seboleh-bolehnya isu skandal 1MDB yang mengaitkan Najib hendak dilupakan.

Pasukan petugas khas :"4 Abdul" memang dianggap sebagai kaldai Najib .Bila SPRM mengatakan duit RM2.6 bilion itu sebagai "derma" untuk menghalalkannya maka seluruh rakyat muntah - tidak percaya. SPRM juga hendak menyelamatkan PM yang tidur tak lena mandi tak basah sekarang. Tiba-tiba beberapa orang pegawai tinggi SPRM disoalsiasat oleh polis. Alasan polis hendak mencari siapakah yang membocorkan rahsia Najib yang memperolehi RM2.6 bilion itu. SPRM terkincit. Hendak menyelamatkan Najib tiba-tiba SPRM sendiri sudah tak selamat! Cerita kartun ni.

Sekarang SPRM merayu pada Allah pula untuk melindungi mereka melalui sembahyang hajat! Mereka sudah menipu rakyat mengatakan wang itu adalah "derma". Sekarang SPRM hendak "menipu" Allah pula melalui sembahyang hajat! Pelek bin hairan. Dua dari "4 Abdul" sudah terima padahnya. Sekarang Najib dan mama montel cuba menggugat Zeti, gavernor BNM pula. Najib tahu Zeti simpan banyak rahsia mengenai perjalanan 1MDB ini. Dia takut Zeti akan buka tembelangnya. Lalu dicari kesalahan dan kelemahan Zeti pula. Besar kemungkinan Zeti akan menjadi "Abdul no 3" yang akan hilang jawatan kelak. Mungkinkah Ketua Polis Negara akan menjadi mangsa Najib pula? Selagi Zahid enggeh taat setia kepada Najib mungkin KPN boleh tidur nyenyak.


Najib tidak peduli apakah UMNO akan kalah pada PRU 14. Yang diutamakan sekarang survivalnya dan mama montel dan anak beranaknya yang hidup super mewah. Dia menjinakkan para pemimpin UMNO dengan rasuah, pangkat dan gelaran untuk menjadikan mereka sebagai kaldai tunggangannya. Dia berkokok kononnya tiga juta ahli UMNO menyokongnya. Dia lupa yang akan menentukan nasibnya, matyeh2 yang menjadi ahli kabinet "Najib Fan Club" ialah 13 juta lebih pengundi dari berbagai bangsa dan keturunan. Perlu diingat 40% pengundi muda akan turun padang. Mereka kebanyakannya benci pada BN khasnya UMNO.


Percayalah tali hayat politik Najib tidak lama. Allah Maha Kuasa akan menentukan nasibnya tidak lama lagi. Kewibawaan, rasa hormat, integriti sudah pupus dari Najib. Retorikanya tidak ada kuasa magis yang boleh mendapatkan sokongan rakyat. Hantu 1MDB akan bekerjasama dengan hantu Altantuya, puaka kapalselam Scopene untuk mengheret Najib dan juak-juaknya ke penjara kelak..


Copy & Paste dari Yahya Ismail facebook


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ