MISTERI MACHU PICCHU KOTA ATAS AWAN


Machu Picchu, salah satu dari bangunan paling bersejarah di dunia dan juga tersenarai dalam 7 Keajaiban Dunia. Daripada pengamatan pakar, menunjukkan betapa majunya pengetahuan akan teknik merancang membangunkan peradaban masa lalu. Ketika Hiram Bingham, seorang profesor muda Yale menemui Machu Picchu pada 1911, Tempat ini sangatlah tersembunyi dan tertutup dengan tumbuhan yang lebat disekitarannya. Ia terletak hampir ketinggian 8000 kaki di permukaan laut. Bangunan menakjubkan yang terletak di pergunungan Andes ini relatif selama beratus tahun lamanya tanpa terusik oleh kehadiran manusia. Kini, hampir 2500 ribu pelancong berkunjung ke Machu Picchu di setiap hari. Bingham mempercayai bahawa tempat ini mempunyai erti yang sangat besar akan kelahiran satu peradaban yang menjadi legenda di dunia iaitu Inca Empire. Satu peradaban asli yang besar dari benua Amerika yang telah hilang. Terdapat ribuan artifak yang sangat tinggi nilainya di Machu Picchu. Kini sebahagian besar artifak-artifak tersebut sedang menjadi bahan penelitian untuk menggali lebih dalam lagi sejarah dari peradaban suku Inca.





















0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ