Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



FAKTA SEBENAR SAMI BUDDHA KENA PENYAKIT KULIT KERANA BAKAR ETNIK ROHINYA



Viral di media sosial konon seorang sami Buddha mengalami penyakit kulit sebagai balasan akibat perbuatan kejam terhadap penduduk Rohinya di Burma. Betulkan kisah itu? Kalau tidak pasti jangan sebar sebarangan. Ia boleh timbulkan rasa tidak puashati di kalangan penganut Buddha.

Jika ingin membantu rakyat Rohinya, salurkan bantuan kewangan atau sekurang-kurangnya doa agar kehidupan mereka lebih baik. Menghina pihak lain dan menimbulkan rasa benci kepada sami Buddha tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

Islam melarang umatnya menyebarkan berita yang tidak benar. Perbuatan itu dipanggil fitnah dan berdosa besar, tidak kiralah fitnah itu melibatkan sesama Islam mahupun bukan Islam.

Penyakit kulit seperti gambar di atas bukan luar biasa. Banyak orang mengalami penyakit itu, tetapi dalam tahap berbeza-beza. Penyakit itu sukar dipulihkan.

Di kalangan penganut agama Buddha di Malaysia telah lama mengetahui perkara itu. Jadi, apabila orang Islam menyebarkan berita tidak tepat itu, maka dengan mudah mereka membuat keputusan bahawa orang Islam suka sebar fitnah dan tidak menentukan kesahihan cerita itu.

Berkaitan penyakit sami Buddha itu, ia dihidapi sejak kecil lagi. Jadi, bagaimana ia dikaitkan pula dengan pembalasan kerana melakukan pembakaran rakyat Rohinya di Burma?

Tambahan pula, sami itu bukan tinggal di Burma. Dia berasal dan tinggal di Thailand. Dia tidak terlibat dengan sebarang tindakan sami-sami di Burma terhadap rakyat Rohinya.

Jadi, jangan sebar fitnah. Tidak untung kita sebar fitnah. Selain dosa, imej Islam akan tercemar dengan perbuatan itu. Jika kita sayang kepada Islam, jangan lakukan perbuatan yang boleh menyebabkan orang benci kepada Islam.

Nabi Muhammad tidak pernah hina kepada penganut agama lain. Islam menunjukkan ihsan terhadap penganut agama lain. Berilah soal akidah mereka ditentukan oleh Allah.

Islam tunjukkan kebaikan agar orang tertarik kepada Islam, atau setidak-tidaknya tidak bencikan Islam. Tetapi sebaliknya, jika kita buat sesuatu yang tidak baik kepada penganut agama lain, mereka akan semakin menjauhkan diri daripada Islam dan akan bermusuhan dengan orang Islam.

Umat Islam perlu menunjukkan amalan baik kepada bukan Islam agar mereka tertarik kepada Islam.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ