Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kucing 6 Tahun Tangkap Tikus Perpustakaan Cuba Diusir



Kucing 6 Tahun Tangkap Tikus Perpustakaan Cuba Diusir


HOUSTON – Pihak dewan bandar raya White Settlement di Texas, Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam masalah hanya kerana bertindak kejam ke atas seekor kucing jantan yang bernama Browser.

Dua minggu lalu, ahli-ahli dewan tersebut memutuskan untuk mengusir Browser, seekor kucing dewasa yang sudah tinggal secara percuma di perpustakaan bandar raya itu selama lebih enam tahun.

Selama tinggal di perpustakaan yang terletak dalam kompleks dewan perbandaran White Settlement, Browser ‘bekerja’ tanpa gaji menangkap tikus sehingga memiilki ramai peminatnya tersendiri.

Dewan itu namun menyatakan, keputusan mengusir Browser diambil berdasarkan alasan tepat, setelah menerima keluhan daripada pengunjung perpustakaan yang menderita alahan bulu kucing.

Bagaimanapun, kebanyakan anggota dewan bandar yang berpenduduk 17,000 orang tersebut tidak menyangka mereka akan menerima ‘kebanjiran’ kecaman akibat mengusir secara zalim Browser.




Kota diasaskan sejak 1941 dan hanya seluas 13 kilometer persegi tersebut kini menjadi ‘buah mulut’ pihak media sehingga menjadi sasaran kutukan netizen hanya kerana dianggap tidak berperikemanusiaan.

Setelah dihujani kecaman daripada ramai orang, datuk bandarnya, Ronald White menyatakan, dia berasa sedih dan malu atas keputusan mereka tergamak mengusir Browser sebagai kucing gelandangan.

Salah seorang anggota dewan bandar raya yang memilih untuk mengusir kucing tersebut menjelasan bahawa mereka menerima banyak kritikan daripada pengunjung perpustakaan itu sendiri.

“Kami menerima sejumlah keluhan para pelawat perpustakaan yang tidak tahu bahawa ada kucing tetap berada di dalam perpustakaan ini,” kata Elzie Clements kepada akhbar The Independent.



“Mereka adalah pesakit alergi bulu halus yang keluar perpustakaan ini dengan mengalami mata bengkak. Alahan kucing memang sangat buruk untuk para penghidapanya,” tambah beliau lagi.

Elzie menerangkan, pihak dewan bandar raya meyakini bahawa perpustakaan sepatutnya adalah tempat yang selamat dikunjungi sesiapa pun, bahkan jika perlu, Browser yang harus keluar.

Selain itu, lanjut beliau, sudah banyak penduduk setempat yang tampil bersedia untuk memelihara sendiri Browser di kediaman mereka sambil menegaskan: “Kami bukan orang kejam.”

Bagaimanapun, para peminat Browser menyatakan bahawa perpustakaan dewan bandar raya tersebut bakal sunyi sepi tanpa kehadiran kucing itu berjalan manja di sekitar bangunan berkenaan.



“Dia sudah ada bersama kami selama enam tahun. Dia datang kerana kami mempunyai banyak masalah dengan tikus,” kata Lillian Blackburn, Presiden Sahabat Perpustakaan Awam White Settlement.

Lillian, seorang pesara guru yang berusia 78 tahun, menerangkan, Browser adalah seekor kucing peramah, suka dibelai dan dilihat begitu gembira jika dibacakan buku cerita oleh pelawat perpustakaan.

“Dia berkeliaran ke sana ke mari dan kanak-kanak menyukai dia,” ujarnya sambil berkata, banyak penduduk sedia menyara Browser, yang hanya diberi nama itu setelah dewan memutuskan untuk mengusirnya.

Lillian menyatakan, masalah Browser memang bukan satu-satunya isu besar di bandar raya kecil itu, tetapi penduduk tempatan tidak akan mengabaikan ia hidup terbiar melarat begitu sahaja.

Maklumat terkini bagaimanapun melaporkan Browser kekal menetap di situ setelah menerima bantahan ramai penduduk hasil mesyuarat yang diadakan baru-baru ini. –

Kredit: Agensi/Mynewshub.cc/HAA


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ