Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Mengapa Mercury Dalam Produk Qu Puteh Dipersoalkan Tetapi Tidak Dalam Vaksin?



Edisi ulangkaji berkenaan mercury dalam produk Qu Puteh dan juga dalam vaksin

Ada yang bertanya kenapa kandungan mercury di dalam produk Qu Puteh dipersoalkan. Tetapi kandungan mercury di dalam vaksin tidak dipersoalkan.



Pertamanya anda kena faham sesuatu yang dinamakan sains. Dan di dalam sains ada satu subject namanya chemistry. Dan di dalam subject chemistry ini ada menerangkan kenapa perkara itu berlaku. Kalau anda tak belajar chemistry anda memanglah tak tahu.

Saya bagi satu contoh yg senang agar anda semua faham tentang pentingnya ilmu kimia dalam menceritakan sesuatu perkara. Jikalau anda fail kimia, maka anda akan banyak membantah perkara2 yang anda sendiri dangkal tentangnya.

Sebagai contoh garam dapur yg selalu kita gunakan. Nama kimianya adalah sodium chloride(NaCl). Ianya selamat digunakan dan cuma memberi rasa masin di lidah. Tetapi jika kita cuba isolatekan kedua2 bahan ini menjadi 'sodium metal' dan 'chlorine gas' sahaja, maka bahan ini sangat aktif dan berbahaya. Cukuplah jika anda meletakkan 'sodium metal' ini di atas lidah anda, mungkin muka anda sudah berkecai dahulu sebelum sempat anda menutupkan mulut. Begitu juga jika 'sodium metal' itu diletakkan di dalam air. Maka, ianya akan menghasilkan satu bahan yang baharu iaitu sodium hydroxide(NaOH) yang bersifat alkali dan sangat kuat menghakis. Senang cerita, setiap gabungan unsur2 yang berlainan akan menghasilkan effect yang berbeza.

Dalam bab pemutihan yang digunakan oleh produk Qu Puteh ianya mengandungi mercury. Mercury jenis apa? Iaitu antara mercury dichloride atau ammoniated mercury. Kedua bahan ini mampu menghilang pigment yang menyebabkan warna kulit menjadi gelap. Malangnya bahan ini mempunyai 'Half-life' yang lama di dalam badan manusia. Maksudnya mecury dichloride atau ammoniated mercury lambat dibuang daripada kita dan menyebabkan mercury toxicity.

Berlainan pula dengan komponen Thimoresal di dalam vaksin. Nama kimianya dikenali sebagai Sodium ethylmercurithiosalicylate. Di dalam bahan tersebut mengandungi ethylmercury yang dimana 'half-life' di dalam badan manusia tidak sampai seminggu pun. (Ko bukannya nak cucuk vaksin setiap hari pun)

Akhir sekali saya nak bagitahu je. Dah takde pun unsur mercury dalam vaksin ni kecuali beberapa vaksin untuk selsema(Flu vaksin).

Saya bukan provaksin pun sebenarnya. Tapi saya pro-knowledge. Saya berpegang pada ilmu dan fakta yang benar. Bukan berpegang pada ketaksuban yang tidak berasas.

Admin PW




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ