Penggunaan DETOX PAD Untuk Membuang Toxin. Adakah berkesan?
Jom kita baca pendedahan di bawah yg dibuat oleh admin Roof of Medicine.
Saya rasa semua mesti pernah dengar tentang pad yang diletakkan pada kaki untuk membuang segala toxin dalam badan(detoksifikasi). Produk seperti ini terkenal sewaktu masa dahulu dan mungkin akan berterusan penggunaannya jika kita tidak sedarkan masyarakat.
Cara penggunaan pad tersebut adalah melekatkan pad itu pada kaki semalaman sewaktu masa kita tidur. Apabila waktu pagi, pad tersebut selalunya menjadi hitam dan pada waktu pagi itu kita seolah2 akan berasa segar dan cergas.
Ingin saya memberi tahu yang pad detox adalah juga suatu penipuan dalam rawatan penyakit. Kebanyakkan daripada pad ini menggunakan daun teh. Daun teh ini akan menyerap kelembapan yang dikeluarkan daripada kaki dan menyebabkan ia mengeluarkan cecair berwarna hitam dan sedikit sebanyak membasahkan dan menghitamkan pad tersebut.
Seperti mana uncang teh yang selalu kita gunakan, ia kelihatan putih pada asalnya. Tetapi akan menjadi hitam apabila diberikan sedikit sahaja kelembapan. Begitu juga yang berlaku pada produk yang kita katakan ini.
Eksperimen mengewapkan pad detox ini dgn wap air pun telah dilakukan beberapa kali. Keputusannya sama. Pad detox akan bertukar warna kepada warna hitam. Timbul difikiran saya adakah air pun dikira sebagai toxin dalam badan.
Diharapkan masyarakat cakna dengan penipuan-penipuan yang dilakukan oleh pengusaha produk seperti ini walaupun ia berasal drpd negara yang gah seperti Jepun.
Sekian. Harap bermanfaat
***Mungkin akan ada yang tanya kenapa saya pakai produk ini, saya akan jadi cergas waktu pagi?
Jawapannya apabila anda bangun tidur dan tgk pad detox yang kelihatan hitam itu, sudah tentu anda akan terkejut dan mengaktifkan sistem saraf yang dinamakan sebagai Sympathetic Nervous system. Sistem saraf ini akan menyebabkan anda berada dalam keadaan bersedia dan fokus. Sebab tulah anda rasa cergas dan kuat selepas bangun tidur. Sebab anda terkejut.
Sumber : Roof of Medicine fb
0 comments:
Post a Comment