Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Fenomena Air Pasang Besar, Malaysia Bakal Tenggelam

Gambar hiasan



Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor, Kedah dan Pekan.

Kira-kira 18 peratus daripada permukaan bumi Ma­laysia berkemungkinan tenggelam dalam tempoh 84 ta­hun lagi ekoran fenomena pe­ningkatan paras laut.

Berdasarkan keadaan bentuk muka bumi yang rendah, Kedah dikenal pasti sebagai antara lokasi yang mempunyai risiko tinggi untuk tenggelam.

Selain Kedah, kebanyakan kawasan pesisiran pantai turut berdepan dengan masalah itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kajian saintifik antarabangsa yang dibuat oleh sekumpulan pakar mendapati sebahagian besar kepulauan Asia Pasifik termasuk Malaysia akan tenggelam menjelang 2100.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, kajian menunjukkan peningkatan karbon dioksida (CO2) sebanyak 450 bahagian dalam setiap sejuta (ppm) sudah memadai untuk mencairkan ais di kawasan Kutub Utara.

“Melihat kepada keadaan sekarang, pemanasan global boleh mencecah kira-kira 560ppm menjelang tahun 2100. Keadaan ini mampu meningkatkan paras air laut kira-kira 25 meter,” katanya.



Kemungkinan mengenai kejadian itu juga telsh ditemui oleh pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ