Tolong Klik Connect Sapot Park Nick Plz..


Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat


Manna wa Salwa. (Gam Arab)

Manna wa Salwa (Gam Arab)
Manna wa Salwa. (Gam Arab)


Manna wa Salwa. (Gam Arab)

Mengikut sejarah, ketika berusia 12 tahun, Nabi Musa a.s telah melarikan diri ke Madyan (sebahagian daripada Jordan dan Saudi) akibat diburu orang-orang firaun kerana baginda telah memukul seorang Qibti pengikut firaun. Dengan izin Allah orang Qibti (bangsa firaun) itu terus meninggal dunia.

Setelah beberapa lama Allah telah mengarahkan Nabi Musa a.s datang semula semula ke Mesir untuk menyeru firaun dan pengikut-pengikutnya agar kembali beriman kepada Allah. Di situlah berlakunya kejadian Nabi Musa a.s mengalahkan ahli sihir firaun. Akibat dari itukan Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikut baginda dikejar firaun dan pengikut-pengikutnya dan Nabi Musa a.s mengarahkan pengikutnya untuk menuju ke laut merah. Dengan kekuasaan Allah, Nabi Musa a.s menghentakkan tongkat lalu terbelahlah lautan dan lautan itu bercantum kembali dan matilah firaun (Mafatah) bersama pengikut-pengikutnya di Laut Merah.

Kemudian Bani Israel yang bersama-sama baginda yang terselamat dari firaun meneruskan perjalanan mereka. Sehinggalah sampai di suatu tempat, pengikut baginda meminta kepada baginda agar Allah berikan air. Ketika inilah sekali lagi mengetuk tongkatnya kepada batu dan keluarlah 12 mata air bagi minuman 12 kaum pengikutnya tadi.

Kemudian dipohon mereka pula akan makanan dari langit, maka Allah turunkan Manna wa Salwa.

Sesetengah meriwayatkan Manna wa Salwa merupakan 2 makanan dari Syurga.Dan ada juga yang memberitahu bahawa asbab Bani Israel (orang yahudi) bijak sehingga ke kini di sebabkan nenek moyang mereka pernah makan makanan dari sumber syurga.

Kesimpulan :
Allah memberi kelebihan kaum Nabi Musa a.s dengan Manna wa Salwa.

"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - (Surah Al-Baqarah ayat 57)

Bani Israil adalah suatu bangsa yang telah banyak Allah berikan kenikmatan kepada mereka. Salah satunya adalah banyak Nabi dan juga Rasul yang diutus untuk membimbing mereka. Akan tetapi mereka tidak bersyukur, membangkang sampai pada tahap membunuh para Nabi.

Allah berfirman mengenai Bani Israil,

إِسْرَائِيلَ اذْكُرُواْ نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ,

“Wahai Bani Israil ingatlah nikmat-nikmat-Ku yang telah kuberikan pada kalian dan Aku lebihkan kalian di atas seluruh alam” (AL-Baqarah: 47)

Berbagai macam mukjizat para nabi mereka lihat dan mereka rasakan akan tetapi hati mereka masih saja keras dan tidak yakin mengenai perintah Rabb mereka. Mereka diberi rezeki manna dan salwa.

Suatu ketika mereka kelaparan, maka mereka diberikan nikmat oleh Allah Ta’ala, yaitu diturunkan dan diberi rezeki kepada mereka berupa makanan yang disebutkan dalam Al-Quran yaitu Manna dan Salwa.

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu “manna” dan “salwa”. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri (Al -Baqarah: 57)

Mengenai Manna dan Salwa, syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan

وهو اسم جامع لكل رزق حسن يحصل بلا تعب، ومنه الزنجبيل والكمأة والخبز وغير ذلك.{وَالسَّلْوَى} طائر صغير يقال له السماني، طيب اللحم، فكان ينزل عليهم من المن والسلوى ما يكفيهم

“Manna adalah istilah makanan yang diperoleh dengan cara yang mudah (tidak bersusah payah) seperti jahe, biji-bijian, roti (gandum) dan lain-lain. Adapun Salwa adalah burung kecil yang memiliki daging lembut dan enak. Maka diturunkan kepada mereka Manna dan Salwa yang mencukupkan bagi mereka” (tafsir As-Sa’di hal. 52)

Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

Info menarik:

Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:

Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.

100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.

* Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.

Banyak kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermakna Manna adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Manna :

-Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.

-Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).

-Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.

-Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.

-Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.

-Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .

-Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.

KAJIAN PAKAR TERHADAP MANNA

- Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).

- Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Manna selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

- Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Manna pengurangan paras gula dalam darah..

- Manna adalah demulcent dan melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Manna didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.

- Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermaknaManna adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Gam Arab

Terdapat banyak nama panggilan untuk gam arab ni sebenarnya antaranya:

Luban / Lubanah / Kemenyan Arab / Kemenyan Putih / Frankincense / Olibanum / Gum Arabic / Al Manna / Acacia

Panggilannya pun banyak..khasiat dia lagi lah banyak, sehinggakan nama dan kebaikannya disebut di dalam kitab-kitab lama.

Gum Arabic ada 2 jenis,

Acacia Senegal dan Acacia Seyal.

Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia.

Gam Arab merupakan satu bentuk fibre.

100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

Wallahu'alam

Sumber:
Al Quran
Sejarah
Kaji Selidik Makanan

Perkongsian dari facebook


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ