Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



TIPS TRAVEL, JANGAN BUAT 7 PERKARA INI KETIKA TRAVEL KELUAR NEGARA

TIPS MELANCONG KELUAR NEGARA


Isu salah satu travel agent yang seludup duit melalui client beberapa hari lepas, patut dijadikan pengajaran buat traveller-traveller yang selalu singgah di airport. Isu ini berat, bukan isu kecil. Nasib baik duit, kalau dadah?

Ada beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung, nak senyum pun dah tak lalu.

1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya. Apa lagi yang sudah siap dibungkus. Kalau barang2 baru yang dibeli sekalipun, sebaiknya anda bungkus sendiri supaya tidak ada benda-benda terlarang dibawa bersama melintasi Border Control.

2. Jangan combine beg dengan travel buddies yang baru kenal kat group2 travel. Biarlah check in asing2 dan bayar lebih. Kita tak tahu apa yang ada dalam beg kawan tu. Kecuali travel buddies anda jenis boleh share spender dengan anda ok lah.

TIPS MELANCONG KELUAR NEGARA


3. Jangan pernah biarkan bagpack anda tidak berbalut/tanpa raincover. Risikonya, boleh membuatkan anda kehilangan nyawa. Kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang2 terlarang di beg anda. Kalau anda lepas, kemungkinan barang2 dalam beg anda akan dicuri. Kalau tak lepas, anda mungkin akan ke penjara dan mungkin akan jadi banduan akhir.

4. Jangan baik hati offer space luggage anda kepada orang2 yang overweight luggage, samada yang berada di depan atau di sebelah anda. Kalau nak tolong jugak, beri saja duit. Lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda. Even terlebih 1 atau 2 kilogram pun, jangan bagi orang lain check in beg atas nama anda. Kalau 1 atau 2 kilogram tu semua ganja, tak pasal2 masuk bawah AKTA 39B = HUKUMAN MATI MANDATORI.

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport. Kalau ada yang mintak tolong, suruh saja dia letak di pondok polis, kaunter informasi atau mana2 yang selamat untuk bag dia. Yang penting bukan di tangan anda. Walau yang mintak tolong tu Miss World sekali pun, tolong jangan pegang.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang ditinggalkan di surau tersebut. Mungkin kasut itu dah diselitkan dengan dadah dalam percubaan menjadikan anda keldai untuk melepasi Border Control. Kalau anda lepas, akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau. Jika tidak, anda bakal ke tali gantung atau sekurang2nya ke penjara.

7. Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan. Bawa saja ke mana anda pergi, walau ke toilet sekali pun. Takut nanti dimasukkan benda2 terlarang oleh sindiket2 tertentu.

Ada kisah benar, tentang seorang pemuda yang mana beliau sudah pun mati di tali gantung. Semasa di tandas airport, dia dihampiri seorang lelaki yang tergesa2 hendak masuk ke tandas (macam org cirit-birit lagaknya) dan meminta dia memegang briefcase dan terus berlari masuk ke toilet. Kurang dari 5 minit, pemuda yang menerima briefcase itu telah dikepung dan ternyata di dalam briefcase itu adalah DADAH. Lelaki yang lari ke tandas tu pula hilang entah ke mana. Cerita ini diceritakan oleh sepupu pemuda itu. Kalau cerita ini tidak benar, ambil saja pengajarannya bukan mempersoalkan kerja polis.

Apa pun, happy traveling guys. Stay safe. Adakalanya kita jangan baik sangat, selfish kena bertempat.

SHARE SUPAYA RAMAI DI LUAR SANA ALERT TENTANG ISU YANG NAMPAK REMEH INI, TAPI SANGAT BESAR IMPAKNYA.


Copy & Paste dari group wasap


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ