Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Menerima Panggilan Dari Debt Collector

debt collector



Ini yang anda perlu lakukan jika menerima panggilan dari debt collector. Sila ambil perhatian, debt collector kini menggunakan letterhead firma guaman untuk menuntut hutang.

1. Semak jumlah yang dituntut. Minta mereka kemukakan penyata akaun atau bukti bagaimana jumlah yang dituntut tersebut boleh diperolehi.

2. Jangan dedahkan nama penuh dan alamat rumah atau alamat majikan. Anda tidak dikehendaki berbuat demikian. Debt collector juga tidak boleh menelefon pejabat, majikan atau keluarga dan saudara-mara peminjam.

3. Dapatkan nama pemanggil tersebut dan agensi pengutip hutang itu. Kemudian google alamat mereka.

4. Jika mereka tidak mengemukakan notis bertulis atau penyata atau bukti hutang tetapi sebaliknya terus menerus membuat panggilan, buat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara.

5. Jangan bayar selagi tiada bukti hutang/dokumen/perjanjian yang sah dikemukakan kepada anda.

6. Jika debt collector menggunakan bahasa kasar, mengugut dan mengancam anda, buat laporan polis.

7. Debt collector sering menyamar sebagai peguam dari firma guaman/mahkamah atau balai polis untuk menakut-nakutkan peminjam. Perlu ditekankan, pejabat peguam atau mahkamah atau balai polis TIDAK BUAT PANGGILAN TELEFON UNTUK TUNTUT HUTANG.

8. Jika mereka mendakwa mereka dari firma guaman, dapatkan nama firma itu dan buat carian di website Majlis Peguam Malaysia di pautan: http://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firm.html

9. Jika firma yang didakwa wujud, hubungi nombor firma yang tertera di laman web Majlis Peguam tersebut dan semak dengan mereka. Jika firma tersebut tidak wujud, buat laporan polis.

10. Kini ada debt collector yang menggunakan letterhead firma guaman. Mereka membayar firma guaman dengan syarat firma tersebut membenarkan debt collector menggunakan letterhead mereka.

11. Jika peminjam menerima surat seperti ini, hubungi firma guaman tersebut dan minta mereka kemukakan bukti hutang seperti yang dituntut.

12. Jika peminjam diugut dan diserang oleh Debt Collector di tempat kerja atau di mana sahaja, laporkan kepada Bank Negara. Debt collector dan bank-bank komersial di Malaysia tertakluk di bawah Fair Debt Collection Practices oleh Bank Negara.

13. Dibawah FDCP, dalam proses menuntut hutang, notis bertulis hendaklah diberikan kepada peminjam. Maka panggilan telefon tidak boleh dianggap sebagai notis yang mematuhi syarat di bawah FDCP.

14. Debt collector juga perlu mengemukakan ID mereka, untuk mengesahkan bahawa mereka diberi kebenaran oleh Bank Negara untuk mengutip hutang.

15. Mana-mana debt collector yang melanggar FDCP ini boleh diambil tindakan oleh Bank Negara. Kerana itu bank komersial tidak mahu Debt Collector mendedahkan nama bank apabila membuat panggilan untuk menuntut hutang kerana jika debt collector melanggar FDCP ini, bank tersebut berdepan tindakan oleh Bank Negara jika peminjam membuat laporan kepada Bank Negara.

16. Jika peminjam sudah pasti berkenaan bukti hutang yang dikemukakan kepadanya, peminjam boleh membuat bayaran terus kepada bank atau syarikat kredit yang memberikan pinjaman tersebut.

***

debt collector

debt collector







Kredit : Jumpa Kat Mahkamah


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ