Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



DISEBALIK CERITA PROTON






Tahun lepas, 30hb April 2018, Ah Keat pernah menulis pasal Proton, kini Ah Keat akan menterjemah dalam Bahasa Malaysia, supaya lebih ramai boleh ketahui apakah yang telah berlaku pada zaman DS Najib. 


 Sedia maklum, sekian lama, rakyat Malaysia terpaksa membeli kereta keluaran luar negara dengan harga yang lebih mahal. Proton, yang merupakan syarikat kereta national pertama juga mengalami kerugian tahunan sebanyak RM1.4 bilion, sekaligus merugikan rizab negara dan rakyat jelata. Ketika zaman PM Ke-4, untuk memelihara kepentingan syarikat kereta national pertama ini, Proton, satu idea kepentingan diri diperkenalkan. Kesemua kereta keluaran luar negara yang mempunyai kuasa engin 1,800 CC ke atas, tidak kira berapa rendah kos pengeluaran, tidak dibenarkan dijual di pasaran Malaysia pada harga jualan di bawah RM140,000. Jadi, pelbagai cukai diperkenalkan, seperti cukai import, cukai jualan, dll. Alasannya hendak memelihara kepentingan syarikat kereta national tempatan, sebenarnya kepentingan kroni diperlihara. 


 DS Najib sebaik sahaja dilantik sebagai PM, berhasrat untuk menangani masalah Malaysia berkemungkinan lingkup, (seperti yang selalu diwar-warkan oleh DAP dahulu) kerana kerajaan kena menampung subsidi kepada IPP & TNB, subsidi petrol RON95, subsidi minyak masak, subsidi gula, subsidi tol, dan Proton. Tetapi, DS Najib tahu, jika beliau mengambil tindakan yang terlalu drastik, mungkin beliau akan mengalami nasib yang sama macam Pak Lah. Pak Lah jatuh dan hilang kuasa kerana sebaik sahaja beliau jadi PM, banyak projek kesayangan PM sebelumnya diberhentikan, antaranya Jambatan Bengkok Johor-Singapore. 


Proton juga merupakan projek kesayangan PM sebelum itu, jadi untuk menangani Proton, DS Najib perlu berhati-hati. Proton banyak membela kroni, kalau hendak tranformasi, hendak menangani masalah kroni, hendak menyelamatkan Proton dari kerugian yang berterusan, DS Najib mesti merancang secara teliti. DS Najib pernah mempertimbangkan untuk menjual Proton, tetapi tidak ada pihak yang berminat. Kalau hendak bergabung dengan syarikat perusahaan kereta antarabangsa, Proton tidak mempunyai teknologi yang boleh menyumbang kepada perundingan yang bermanfaat kepada Proton. Pendek kata, teknologi Proton adalah terlalu ketinggalan zaman dan lapuk, sehingga warga Malaysia pun tidak berminat untuk membeli kereta Proton. 


 Pada masa itu, Malaysia juga secara kebetulan berkesempatan untuk menumpang usaha China untuk menwujudkan Rangkaian Keretapi Serantau (Belt & Road Initiative). DS Najib telah mengambil keputusan untuk mengorah langkah dan menghulurkan tangan dengan Negara China selepas beliau berpeluang untuk meneliti teknologi China yang semakin canggih dan bertaraf antarabangsa. Rundingan untuk usahasama menyelamatkan Proton dimulakan tidak lama kemudian. China merupakan sebuah negara yang pentingkan kepentingan bersama (Win-Win Situations), dan tidak sekali pun berniat untuk mengambil kesempatan atas masalah Proton, tetapi, Negara China juga bukannya negara kebajikan yang sanggup menolong tanpa meminta balasan yang setimpal. DS Najib minta China menyelamatkan Proton. 


Perkara pertama yang dibincangkan adalah menukar nama Proton dalam Bahasa Mandarin yang sebelum ini dipanggil “Pu-Teng”. Perkataan “Pu” adalah bermaksud normal, ataupun biasa-biasa. China berpendapat bahawa jikalau Proton merupakan syarikat kereta national yang disayangi, patut dipanggil “Bao-Teng”, perkataan “Bao” adalah bermaksud Sayang, ataupun Permata. China juga mendapati bahawa Proton memiliki Lotus, sebuah syarikat yang mempunyai engin kereta lumba, tetapi tidak dipergunakan dan dikajiselidik dengan baik. China yakin bahawa mereka mempunyai teknologi untuk teruskan kaji selidik engin kereta lumba Lotus ini, dan mungkin dapat digunapakai dalam kereta Proton di masa hadapan. 


Tambahannya, status Malaysia sebagai Taiko di kalangan negara ASEAN, dengan usahasama bersama Geely-Proton, China dapat memasuki pasaran ASEAN dengan lebih mudah dan cepat. Justeru itu, Li Chun Rong dilantik sebagai Ketua Eksekutif Proton sebaik sahaja rundingan usahasama Geely-Proton ditandatangani. Tidak lama selepas Li Chun Rong sampai di Malaysia, beliau dengan senangnya terus kenal pasti beberapa isu yang dihadapi oleh Proton sehinggakan Proton tidak dapat berkembang maju, dan mengalami kerugian yang besar tiap-tiap tahun. Tetapi, baru hendak mula usaha transformasi beliau, Li Chun Rong sudah difitnah oleh pihak tertentu. Mereka mengadu dan menekankan kepada DS Najib supaya Li Chun Rong dipecat, atas tiga tuduhan. 

 Yang pertama, Li Chun Rong adalah seorang yang rasis. Beliau dikatakan melucutkan lesen bumiputera dan memberikan lesen tersebut kepada orang bukan bumiputera. 

 Yang kedua, Li Chun Rong menutupkan kilang tempatan, memecatkan banyak pekerja tempatan dan digantikan dengan pekerja warga China, menyebabkan orang tempatan hilang peluang pekerjaan. 

 Yang ketiga, Li Chun Rong menetapkan pekerja tempatan untuk menggunakan Bahasa Mandarin semasa mesyuarat. 


 Perkara ini diketahui seorang Menteri MCA pada ketika itu, dan beliau meminta DS Najib untuk memberikan beliau sedikit masa untuk menyiasat kesahihan tiga tuduhan itu terhadap Li Chun Rong. Menteri MCA ini terus berjumpa dengan Pengerusi Proton, Dato’ Sri Syed Faisal Albar untuk mendapatkan pengesahan. Mujur Pengerusi Proton ini seorang yang berprinsip, selain menafikan tuduhan tidak berasas di atas, beliau juga menyatakan situasi sebenar kepada Menteri MCA, dan bersetuju dengan tindakan Ketua Eksekutif Proton itu. Li Chun Rong berpendapat jikalau masalah kroni dalam Proton tidak dihapuskan, Proton tidak mungkin dapat beroperasi secara efisien. 


Li juga mendapati bahawa hampir kesemua kroni ini, merupakan bumiputera yang kawan rapat dengan orang tertentu. Mereka mendapat lesen ekslusif ini untuk menjual kereta Proton, menjual alat gantian Proton, dan menjalankan pusat kidmat dan bengkel Proton. Dan alat gantian Proton dijual dengan anggaran margin keuntungan setinggi 30%. Kroni berlesen ini, kami gelarkan mereka sebagai “Ali”. “Ali” akan meminjamkan lesen ekslusif ini kepada “Baba”. “Baba” terpaksa meninggikan harga jualan dan servis supaya masih ada keuntungan selepas membayar fi sewa lesen kepada “Ali”. Jadi, “Ali” tidak perlu membuat apa-apa tetapi tetap mendapat habuan tahunan, hanya kerana “Ali” dapat lesen ekslusif ini melalui hubungan dan persahabatan. 


Li Chun Rong berjumpa dengan semua “Ali” ini dan memberikan mereka dua pilihan, iaitu mereka perlu menjalankan bisnes Proton sendiri dengan menurunkan harga jualan dan servis atau lesen mereka akan ditarik dan diberikan kepada bumiputera yang sanggup berusaha. Kerana isu ini, tuduhan pertama dilemparkan kepada Li Chun Rong. Li Chun Rong ketika disoal, pernah cakap ayat seumpama berikut, “Lesen yang ditarik balik diberi kepada warga Malaysia, apa salahnya? Bukan saya yang rasis, anda semua yang rasis!” (I just gave back the licenses to Malaysians. If you called that act racist, you are, not me.”) “Hanya kerana saya perlu mempertahankan kepentingan kamu, yang merupakan 1% Bumiputera Elite, saya terpaksa mengorbankan kepentingan 70% hingga 80% pembeli Bumiputera? Adakah itu masuk akal?” (Because of protecting the one percent of you, the Elite Bumiputera, I have to sacrifice 70% to 80% of the Bumiputera End-Buyers? Does that make sense?) 


Apabila dua ayat ini disampaikan kepada DS Najib, beliau cuma bersenyum lebar, dan memuji Li Chun Rong berbuat dengan bagus sekali, dan patut diteruskan. Seterusnya, Li Chun Rong juga mendapati, infrastruktur dan teknologi di kilang Shah Alam sudah ketinggalan zaman dan lapuk, dan tidak lagi sesuai digunakan. Manakala, kilang Tanjung Malim pula mempunyai infrastruktur bertaraf antarabangsa, bilik mesyuarat yang serba modern, tetapi tidak diperguna dengan sepenuhnya. Li Chun Rong pun membuat cadangan untuk menutupkan kilang Shah Alam, dan melengkapkan mesin berteknologi paling modern di kilang Tanjung Malim. 


Daripada sebuah kilang berpotensi untuk menghasilkan 200,000 buah kereta setahun, kini dipertingkatkan kepada kapasiti untuk menghasilkan 400,000 buah kereta setahun. Dalam usaha ini, tidak mengaji seorang pun warga China, malah semua peluang pekerjaan diberikan kepada orang tempatan. Akan tetapi, perlu diingati, semua teknologi untuk kereta China adalah kereta yang berpaksikan pemanduan sebelah kiri. Jadi, Li Chun Rong telah menghantarkan sekumpulan Pakar Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ke Tanjung Malim untuk mengkaji pemanduan sebelah kanan bagi kereta Malaysia. 


Dengan ini, tuduhan kedua di atas sudah terjawab. Dengan mesin berteknologi modern, maka tenaga pekerja Malaysia perlu dihantar ke China untuk dilatih semula. Geely China mempunyai sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D Centre) bertaraf antarabangsa, yang mengaji seramai sepuluh ribu Pakar Penyelidikan dan Pembangunan dan Jurutera di Hangzhou, Zhejiang, China. Manakala, Proton, langsung tidak mempunyai satu pusat penyelidikan dan pembangunan pada ketika itu. Li Chun Rong membuat perancangan untuk menghantarkan pekerja Proton untuk pergi khusus di Hangzhou secara berkumpulan bergilir-giliran, supaya mereka dapat belajar macam mana mengendali mesin berteknologi modern itu. 


 Ramai antara mereka yang kali pertama menjejak langkah di negara China, dan pertama kali melawat Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Centre) Geely yang bertaraf antarabangsa ini. Apabila mereka balik ke tanah air, mereka meminta Pengurusan Proton membuka kelas Bahasa Mandarin supaya mereka dapat belajar teknologi China dengan lebih cepat, tanpa perlu penterjemah. Tetapi, initiatif ini telah dijadikan tuduhan ketiga di atas. “Ali” yang tidak puas hati sebab lesen ditarik, menaruh dendam terhadap Li Chun Rong dan berniat jahat untuk membuat tuduhan palsu dengan harapan Li Chun Rong dipecat dan dihantar balik ke China. Nasib baik ada Menteri MCA. Nasib baik ada DS Najib yang berjiwa rakyat dan berpandangan jauh. 


 Kereta jenis 4WD terbaru yang bakal dilancar, kini sedang berlangsungnya pertandingan pernamaan, adalah merupakan kereta jenis 4WD yang pekerja Proton belajar memasang di China. Pemenang pertandingan pernamaan ini, yang bakal ditentukan pada bulan April 2018 akan berpeluang pergi ke Hangzhou dan Shanghai untuk melawat Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Centre) bertaraf antarabangsa miliki Geely. Persoalannya, kapasiti kilang yang kini mampu menghasilkan 200,000 buah kereta, pun tidak habis dijual. Kenapa pula Li Chun Rong hendak menaiktarafkan kapasiti kilang kepada 400,000 buah kereta? Apakah perancangan beliau? Rupa-rupanya, Li Chun Rong merancang untuk menggunakan teknologi engin Geely, untuk menghasilkan kereta jenis 4WD berkos rendah, dan dipasarkan di Malaysia, dan negara-negara serantau ASEAN. Dengar kata, 4WD Proton baru ini akan dijual pada harga anggaran RM70,000, dan bakal dilancarkan pada bulan Mei 2018. Jikalau anda masih berpendapat bahawa DS Najib telah menjual aset negara ini (Proton) kepada China, Ah Keat perlu memberitahu anda satu fakta, bahawa pemilik saham terbesar Proton masih merupakan syarikat milik kerajaan (GLC), iaitu DRB-HICOM. Pada 23hb Jun 2017, Geely telah menangani perjanjian untuk membeli 49.9% saham Proton dan 51% saham Lotus daripada DRB-HICOM. 


 Melalui peristiwa Proton ini, Ah Keat berpendapat bahawa DS Najib telah menang 1:0 dengan PM Ke-4.. Ini kerana, DS Najib berjaya menggunakan tangan China Geely dan Li Chun Rong untuk menghapuskan kroni di dalam Proton. Sebab ini lah, anda boleh nampak PM Ke-4 pernah bersumpah bahawa jikalau beliau dilantik sebagai PM semula, perkara pertama yang beliau akan buat, adalah memberhentikan dan mengkaji semula kesemua projek-projek dengan negara China, nampaknya gaya macam hendak balas dendam ini. TMJ pada masa yang sama turut mengeluarkan kenyataan dalam media sosial untuk mengingati Rakyat bahawa jika hendak ubah Malaysia, sebenarnya tidak perlu menolak dan menggulingkan kerajaan BN, cuma perlu bagi masa kepada DS Najib sebab usaha transformasi Malaysia melalui initiatif PEMANDU dan KPI sudah menampakkan impak yang berkesan. DS Najib telah berjaya mentransformasikan Proton, di mana Pak Lah gagal dahulu. 


 ## Beberapa hari yang lalu, Li Chun Rong dilaporkan dalam surat khabar, menyatakan bahawa Proton diyakini boleh membawa pulangan untung bersih bagi tahun 2019. Dan X70, merupakan kereta jenis 4WD yang paling digemari warga Malaysia, dan juga dijadikan kereta rasmi APEC 2020. PM Ke-4 yang dahulunya memarahi DS Najib, yang kononnya sudah menjual Proton kepada China, kini bertukar status kepada PM Ke-7 yang memuji usaha transformasi Proton yang terbukti sangat berjaya. Adalah PM Ke-4 dan PM Ke-7 orang yang sama? Ah Keat banyak keliru. Sekali lagi, Ah Keat kagum dengan DS Najib yang berpandangan jauh dan betul-betul sayangi Rakyat kerana beliau sanggup mengambil jalan yang susah dan perit untuk membasmi kroni Proton, sehinggakan kroni musuh bergabung dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan beliau dengan pelbagai fitnah dan propaganda palsu.








0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ