Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Presiden Turki Salahkan UN Kerana Iktiraf Mesir




Erdogan salahkan UN kerana iktiraf Mesir.

25 Sept - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengkritik UN kerana memberi legtimasi kepada pemerintahan haram Mesir, dan menyokong pemimpin kerajaan tidak sah Mesir, Abdul Fatah as-Sisi, mengikut laporan di Al-Amat Online.

Presiden sah yang dipilih melalui demokrasi, Mohammed Morsi, telah dijatuhkan oleh rampasan kuasa tentera, dan UN masih memilih untuk menyokong gerakan rampasan kuasa tersebut.

Di hadapan pemimpin dunia yang lain, Erdogan dengan tegas berkata,

"We should respect the choice of the people at the ballot box (sistem pengundian). If we want to support coups, then why does the UN even exist?"

Erdogan menyalahkan mereka kerana terlalu sedikit usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu antarabangsa yang sangat besar, manakala Turki sedang berusaha lebih dari sedia ada, tanpa melihat mana-mana bentuk kerjasama dari rakan yang sepatutnya.

Berkenaan dengan isu Syria, Turki berkorban dengan mengambil lebih dari sejuta pelarian Syria, dan juga menambah 140,000 pelarian Syria dari Kurdish pada minggu lepas.

"Di sebalik pengorbanan yang kami sedang lakukan sebagai tanda sokongan, kami masih tidak menerima apa jua sokongan daripada komuniti antarabangsa".

Beliau menyalahkan UN kerana kegagalan demi kegagalan yang dibuat bila mana keadaan diperlukan. Beliau merujuk kepada apa yang berlaku di Syria, yang telah membunuh lebih 200,000 orang, dan terkini di Palestin, yang telah membunuh lebih 2,000 orang.

Pemimpin Turki itu memberitahu para pemimpin dunia yang lain, "UN sebagai sebuah badan antarabangsa sepatutnya lebih berani dalam mengetengahkan permasalahan dunia."

Tidak cukup dengan itu, beliau juga menyalahkan 5 buah kuasa besar yang mengehadkan organisasi antarabangsa lain untuk membantu, dia berkata lagi, "The world is bigger than the five", memberi isyarat kepada 5 ahli kekal Majlis Keselamatan, yang menyebabkan UN langsung tidak efektif.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ