Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



10 NEGARA TERBAIK PADA MATA RAFIZI!!!




10 NEGARA TERBAIK PADA MATA RAFIZI

1). NORWAY

Pendidikan percuma seperti di Norway - tetapi Norway mempunyai 25% GST



2). HONG KONG

Tidak ada GST seperti di Hong Kong - tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)



3). DENMARK

Kesamarataan pendapatan yang baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 - tetapi Denmark adalah antara negara yang mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.



4). VENEZUELA

Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela - tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yang tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun



5). JEPUN

Kadar inflasi yang paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun - tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yang lalu.



6). SINGAPURA

Penukaran kadar yang tinggi seperti Singapura - tetapi Singapura mempunyai harga kereta yang paling tinggi di dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225,000 berbanding di Malaysia hanya RM41,000 sahaja.



7). BRUNEI

Harga kereta serendah di Brunei - tetapi Brunei tidak ada demokrasi



8). INDIA

Sedemokrasi seperti di India, yang terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia - tetapi India mempunyai kadar korupsi yang paling tinggi berbanding Malaysia



9). FINLAND

Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland - namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau "lost decade" dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0.


10). MYANMAR

Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yang sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% - namun demikian Myanmar mempunyai banyak konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan banyak kematian



10 Negara ini yang Rafizi Hendak Tiru, Tetapi Malaysia Lebih Baik Lagi.

NAMUN DEMIKIAN RAFIZI MASIH TAK FAHAM LAGI DAN MASIH TERKEBIL-KEBIL!!!





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ