Amalan Bersugi (Bersiwak) Menggerunkan Musuh.



Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

Pada kurun ke-8 Hijrah iaitu ketika zaman Bani Abbasiah, orang Islam ketika itu sedang berdakwah di Samarkand (ibu Negara Uzbekistan). Pada waktu itu, tentera Islam telah berjaya membuka negara-negara yang bersempadan dengan Samarkand yang berhampiran dengan China.

Suatu ketika, mereka tidak dapat menembusi sebuah benteng. Tentera-tentera musuh berdiri di sepanjang pintu dan dinding kota. Tiada siapa boleh keluar dan masuk. Mereka bagaikan sebuah dinding yang tidak dapat dirobohkan. Akibatnya, peperangan berlanjutan. Tiada siapa yang kalah atau menang.

Maka, panglima perang Islam melalukan ‘post-mortem’. Perkara pertama yang ditanya ialah, “Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang tidak menunaikan solat?”

Mereka menjawab, “Tidak.”

“Adakah sesiapa yang meninggalkan satu daripada sunnah Nabi SAW?” soalnya lagi.

Mereka terdiam. Setelah berfikir dan bertanya sesama sendiri, barulah mereka sedar bahawa mereka meninggalkan amalan bersiwak ketika berwuduk dan solat. Lantas, mereka memanjat pokok kurma dan mengambil batangnya untuk dibuat kayu sugi. Setelah itu, azan dilaungkan. Maka, mereka pun segera bersiwak sebelum berwuduk untuk menunaikan solat.

Tatkala itu, seorang pengintip masuk ke khemah orang Islam untuk mengintip. Dia menjadi gementar melihat orang Islam sedang bersiwak. Lalu. Dia pun pulang memberitahu kaumnya, “Sesungguhnya musuh kita bukan sembarangan manusia. Mereka sedang mengasah gigi mereka dengan kayu untuk meratah kita seorang demi seorang. Bersedialah kamu semua untuk diratah oleh mereka.”

Kaumnya percaya. Mereka menjadi gerun lalu mengundurkan diri. Maka, orang Islam berjaya menawan negeri itu dengan mudah dan ramai yang memeluk Islam. Penduduk kota itu, setelah memeluk Islam, menjadikan siwak sebagai satu amalan yang tidak ditinggalkan. Mereka ketawa mengenangkan ketakutan mereka kepada siwak. Mereka berkata, “Kami dikurniakan Islam dengan berkat sunnah bersiwak. Maka, hidupkanlah kami ya Allah dalam agama Islam dan dalam keadaan sentiasa melazimi sunnah.”

Sumber: Qasas as-Solihin, Syeikh Hamed Ahmad Tahir

Iktibar:

Dalam sunnah Nabi, ada kejayaan.
Amal sunnah Nabi, Allah beri bantuan.
Tinggalkan sunnah Nabi, tiada bantuan daripada Allah.





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ