DARA BUKAN LAH SEGALA-GALANYA!!!





Tersentuh hati ku baca ni.


Seorang pemuda telah berkenalan dengan seorang gadis di twitter, bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara dan tak banyak songeh.


Dipendekkan cerita mereka pun di satukan..


Pada malam pernikahan pengantin baru isteri pun berbicara:


Isteri: Boleh saya terus terang?

Suami: Ya..dah suami isteri kan apa nak malu malu

Isteri: Sebenarnya saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja.. saya jahil. Dulu saya dah cuba nak berterus terang sebelum nikah tapi saya dah jatuh cinta dengan awak..maaf kan saya...

Suami terdiam nampak seakan terkejut.

Suami: Saya...saya ceraikan awak dengan talak 1.


Si gadis menitiskan air mata. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini.Dia pasrah segalanya.


Waktu berlalu masa berdetik setahun kemudian pemuda itu berada di WAD. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ hatinya yang rosak telah digantikan dengan sebahagian hati penderma. Sejak 5 bulan itu lah dia berulang-alik tinggal di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.


Doktor yang merawat masuk ke bilik nya..


Doktor: Ada khabar saya ingin sampaikan..


Pemuda: apa ya?


Doktor: Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah .Badannya yang semakin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan. Akhirnya minggu lepas beliau meninggal dunia.


Pemuda: Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.


Doktor: Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu..


Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju. Perlahan lahan
di bacanya...


"Awak..ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak..baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka luka jari. Tak pandai sangat..tapi Alhamdulillah siap jugak.. Saya sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.


Awak ..mungkin kasih saya ni awak tak dapat terima.. Di sebabkan kisah silam saya.Namun jangan lah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang.


Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri walau pun tidak sampai 24jam.
Awak tetap suami dunia akhirat. Maaf bila saya tak sempurna".


Pemuda kehilangan kata kata. Tumpah seribu air mata!!!


"Air mata mata kini tak berguna lagi. Hanya doa yang dapat menyertainya.

Aku terpaku di atas pusara.

Ingin rasanya ku turut serta.

Bersamamu isteriku!

Namun tiada daya dan upaya ku terhempas di lembah duka dan nestapa!!!"


#Belajar lah menerima kekurangan dan kesalahan orang lain. Tak ada manusia yang sempurna dan tak pernah melakukan kesalahan. Tak semestinya orang yang kita lihat tak penah buat salah di jamin masuk syurga. Dan orang yang kita lihat sentiasa jahat itu dijamin ke neraka.


"TAK ADA YANG SEMPURNA."


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ