Tunku Puan Pahang Perli DS Rosmah Di Instagram?




Tunku Puan Pahang Nafi Sindir Rosmah

Semalam, satu entri di laman Instagram milik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi sensasi dan dikongsi ramai pihak kerana didakwa menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam ruangan caption, Tunku Puan Pahang menulis, “There goes my diet… oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!!”

Ramai yang membuat tafsiran negatif apabila mengaitkannya dengan kontroversi yang melanda Rosmah sebelum ini berkaitan kenyataan perkhidmatan mendandan rambut di rumah.

Memetik sumber dari portal Mynewshub hari ini ada menunjukkan ‘screenshot’ di laman sosial, turut memainkan isu tersebut di laman Twitter mereka dengan menulis, ‘Tengku Puan Pahang @cheaminahsayang dihujani pujian kerana ‘perli’ seorang wanita boros, lihat itulah suara rakyat terbanyak #Terbaik.’



Lebih kurang sejam selepas tweet tersebut dimuat naik, akaun Twitter milik Tengku Puan Pahang membalas kenyataan tersebut dengan menafikan tuduhan itu.

Tulis akaun @cheaminahsayang, ‘saya tdk perli Rosmah, she is my good fren dan jgn lagakan kami berdua…‘

Lantas itu, pengendali Twitter terbabit terus menaikkan kenyataan tersebut di laman Facebook bagi membetulkan dakwaannya sebelum itu.




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ