Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PESAWAT TERHEMPAS KETIKA PERTUNJUKKAN LIMA LANGKAWI



LANGKAWI-15/03/2015: Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara
Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi.

Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.
Namun nasib kedua-dua juruterbang masih belum diketahui.

Pasukan penyelamat turut dikejarkan ke dua lokasi pesawat terhempas.












0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ