Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



APA PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?



SEMBANG TRAFIK

APA PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DI DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?

Sesiapa juga yang memandu kenderaan hendaklah berhenti jika berlaku kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan lain, pejalan kaki atau apa-apa objek di jalan.

Mana-mana pemandu yang tidak berhenti apabila terlibat di dalam kemalangan jalan raya, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dengan denda maksimum RM300.

Sekiranya kemalangan melibatkan lebih dari satu kenderaan, maka setiap pemandu hendaklah melaporkan kemalangan itu di balai polis yang berhampiran dalam tempoh 24 jam.

Kegagalan membuat pengaduan kemalangan dalam tempoh 24 jam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 52(2) APJ 1987 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300.

“Sayangi diri, ingat orang tersayang & berhati-hati di jalan raya”


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ