Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Keindahan Tasik Viral 'Pepsi Blue' di Terengganu






Ia hanyalah sebuah lombong tinggal, tetapi keindahannya yang luar biasa menyebabkan bekas lombong ini dikunjungi ramai pengunjung. Air tasik yang berwarna biru dan bentuk batuan menakjubkan menawarkan pemandangan yang saling tak tumpah seperti di luar negara.




Fakta ringkas:

  • Terletak berhampiran Taman Kalungan Mas, Rusila di Marang, Terengganu.
  • Penduduk tempatan menggelarnya Tasik Lubuk Mandi
  • Ia turut dikenali sebagai tasik ‘Pepsi Blue’ oleh sesetengah pihak kerana air tasik berwarna biru gelap dilatari dengan pemandangan indah.
  • Keindahan tempat itu bukan mudah untuk dinikmati kerana menurut sumber, selain lokasinya agak tersembunyi, tasik tersebut merupakan tasik larangan serta keadaan persekitarannya juga curam.
  • Kecantikan tasik ini terhasil daripada kerja-kerja perlombongan emas dan tetapi ia tidak sesuai untuk dijadikan kawasan berkelah atau mengadakan aktiviti lain
  • Disebabkan ia adalah bekas lombong emas, tasik ini tidak boleh diwartakan sebagai pusat pelancongan kerana air tasik mengandungi bahan kimia yang mampu menghakis kulit.



Peta lokasi ke Tasik Pepsi Blue:






Lagi gambar-gambar menarik:












Sumber: billyinfo.blogspot.com



















0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ