Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Video Lengkap Bagaimana Seorang Lelaki Bertindak Sebagai Hero Menyelamatkan Al Quran Dibakar di Norway

Bakar alquran di norway

Video lengkap mengenai insiden puak anti-islam membakàr Al Quran di Norway dan lihat bagaimana Pahlawan Muslim Ummah Ilyas mempertahankan Al Quran tersebut dan lihat juga bagaimana muslim lain yang berada di sekitarnya bertindak balas selepas tindakannya yang berani itu.. Video ini telah menjadi tular masa kini.

Baca berita penuh di bawah





Seorang pemuda Muslim bertindak menyerang seorang lelaki lain didakwa bagi menghentikan lelaki itu daripada membakar al-Quran dalam satu perhimpunan di Norway.

Dalam kejadian tersebut, ketua perhimpunan “Stop Islamisation of Norway (SIAN)”, Lars Thorsen cuba untuk membakar senaskhah alQuran di Kristiansand walaupun telah dihalang oleh anggota polis tempatan.

Ketika cubaan tersebut, seorang lelaki dikenali dengan nama ‘Ilyas’ menerjah masuk ke ruang perhimpunan untuk menyelamatkan kitab berkenaan daripada dibakar.


Thorsen yang kelihatan cemas mencampakkan naskhah terbabit sebelum diterkam oleh Ilyas yang menarik jaket dipakainya serta cuba menendang lelaki anti-Islam itu.

Pergelutan berlaku antara mereka menyebabkan anggota polis terpaksa masuk campur untuk meleraikan pergaduhan tersebut dan menahan kedua-duanya.



Menurut portal media luar, sebanyak dua naskhah al-Quran dibuang ke dalam tong sampah dalam demonstrasi berkenaan sementara Thorsen membakar satu naskhah yang lain, menimbulkan kemarahan sebahagian orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

Sumber: Siakapkeli.my


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ