Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pasangan Kekasih Dicekup Berhampiran Masjid PutraJaya

Pasangan Kekasih Dicekup Berhampiran Masjid PutraJaya



Sepasang kekasih memberi alasan cuma berborak kosong ketika dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dataran Putra berhampiran Masjid Putra di sini, malam tadi.

Pasangan muda yang juga pelajar universiti tempatan itu ditangkap ketika sedang asyik memadu kasih di dalam kereta yang diletakkan di hadapan masjid berkenaan. Ketika ditahan, didapati pelajar lelaki berkenaan sedang berbaring di atas peha pasangannya.Pasangan itu kemudiannya diarah keluar sebelum diminta menyerahkan pengenalan diri masing-masing.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Wilayah-wilayah Persekutuan Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi mengurangkan masalah gejala sosial terutamanya di kalangan muda-mudi di kawasan sekitar Putrajaya.

Menurutnya, sebagai seorang Islam mereka sepatutnya menghormati masjid sebagai tempat beribadat, bukannya memadu asmara sehingga memburukkan pemandangan di sekitarnya.“Mana-mana pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai akan didakwa di bawah Akta 559 Wilayah-wilayah Persekutuan 1957, menurut sumber myMetro.

“Mereka akan diberi notis supaya hadir ke bahagian penguatkuasa pada waktu yang ditetapkan dan sekiranya ia gagal dipatuhi, satu waran tangkap akan dikeluarkan oleh pihak polis,” katanya ketika ditemui semasa Operasi Bersepadu Pegawai Penguatkuasa Agama Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini. 


2 comments:

alahaiii...kawasan masjid pun boleh diaorg nie buat benda2 tak elok nie...nauzubillah..mintak jauh

24 November 2013 at 12:49 comment-delete

nauzubillah......

24 November 2013 at 13:09 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ