Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Cuti Umum, Pengusaha Pusat Hiburan Tawar Pelacur Asing Di Selangor

Cuti Umum, Pengusaha Pusat Hiburan Tawar Pelacur Asing Di Selangor




Sempena cuti umum sambutan hari Krismas, ada pusat hiburan yang mengambil kesempatan bagi menarik perhatian pengunjung. Caranya, menawarkan khidmat seks menggunakan pelayan pelanggan atau gro warga asing. Dua pusat hiburan yang terletak di Jalan Pekan Baru, Klang, Selangor, antara yang diserbu pihak berkuasa malam tadi. Dan hasilnya 16 orang gro warga Vietnam ditahan. Operasi dilakukan oleh polis cawangan maksiat D7 IPK Selangor. Hasil siasatan, dua daripada wanita terbabit, berusia 16 dan 17 tahun adalah mangsa pemerdagangan manusia. Polis percaya gadis terbabit dihantar oleh sindiket pelacuran ke pusat-pusat hiburan berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan. Tiga orang penjaga dan pekerja premis juga ditahan. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk tindakan.


2 comments:

isk isk isk...apa lah...

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

27 December 2013 at 08:23 comment-delete

Aduhai...apalah nak jadi ni.

27 December 2013 at 10:19 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ