Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kisah Ketam Melayu VS Ketam Cina

Kisah Ketam Melayu VS Ketam Cina


Di sebalik gambar ini, tersembunyi kisah yang telah banyak diceritakan sama ada secara lisan atau melalui blog. Ida nak bongkar sikit kisah ini... sikit jer hehe

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….


Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Apa yang Ida nak sampaikan, kisah golongan anti Proton terutamanya orang Melayu sama seperti kisah ketam Melayu. Pantang ada anak Melayu menghasilkan sesuatu yang baik, pasti ada yang akan melekehkannya. Kalau setakat lekeh je ok lagi, ni sampai tahap menjahanamkan reputasi syarikat tersebut. Produa tak de pulak orang Melayu nak perlekehkan sebab tau yang cipta dan reka Produa adalah orang Jepun, bukan orang Melayu. Sebab tu gambar kerosakan atau apa-apa tentang Perodua tidak dijaja di merata-rata tempat.

Akhir kata, Ida kongsikan gambar ini pula. Pernah tak anda dengar orang Itali kutuk Ferrari sebagai mana orang Malaysia kutuk Proton walaupun kereta Ferrari ni mampu terbakar secara 'automatik'. 


Lepas ini boleh baca yang ini pula - Jurutera Jawab Cemuhan Pengkritik Kereta Nasional di sini

Kisah Ketam Melayu VS Ketam Cina

Kisah Ketam Melayu VS Ketam Cina

Kisah Ketam Melayu VS Ketam Cina

Kisah Ketam Melayu VS Ketam Cina

Kisah Ketam Melayu VS Ketam Cina


Ambil tauladan kisah ketam Melayu dan ketam Cina dan tukar dengan contoh kereta Ferrari, kita ubah tajuk cerita tu kepada Kisah Ketam Melayu dan Ketam Itali.


2 comments:

setuju dengan kak ida, positive thinking is better rather than criticize badly :)

24 December 2013 at 20:52 comment-delete

good entry..

29 December 2013 at 10:24 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ