Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Tahun 2013 telah pun menutup tirainya dengan pelbagai skandal dan peristiwa hangat telah mewarnai dunia hiburan Korea.

Dari kelahiran anak pertama anggota Wonder Girls Sunye, percintaan Moon Geun-young dan Kim Bum, skandal foto telanjang Ailee, perkahwinan Lee Min-jung dan Lee Byung-hun, sehinggalah cerita Girls Generation dikecam peminat Justin Bieber dan One Direction atas kemenangan Anugerah Muzik YouTube, tahun ini menyaksikan begitu banyak peristiwa yang tidak terduga.

Kami senaraikan beberapa peristiwa lain yang telah mengejutkan ramai tahun ini:


2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Kim Tae-hee dan Rain akui bercinta
Januari dimulakan dengan pengakuan aktres "Jang Ok-jung", Kim Tae-hee bahawa dia dan penghibur terkemuka Korea, Rain sedang hangat bercinta. Pengakuan tersebut muncul 12 jam selepas foto temujanji mereka diterbitkan oleh tabloid Korea.

Agensi naungan Kim mengesahkan hubungan tersebut dan menjelaskan bahawa mereka di peringkat awal perhubungan dan masih dalam tempoh perkenalan. Sementara itu, beberapa sumber memaklumkan yang kedua-dua bintang popular tersebut rasmi menjadi pasangan sejak September 2012, selepas bertemu dan saling jatuh cinta tatkala bekerjasama dalam sebuah iklan pada tahun 2011.





2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Park Si-hoo dituduh memperkosa
Kes ini bermula pada Hari Kekasih Februari lalu, apabila Park keluar minum malam bersama seorang pelakon wanita yang masih dalam latihan (dikenali sebagai Cik A) dan seorang lagi bintang junior. Ketiga-tiganya dikesan di rakaman CCTV memasuki kediaman Park tidak lama kemudian.

Keesokan harinya, Cik A melaporkan serangan pemerkosaan terhadap Park kepada pihak polis dan menuduh bintang "The Princess Man" itu menodainya ketika dia mabuk dan tidak mampu mengawal diri. Kes tersebut kemudiannya menjadi sulit apabila kedua-dua pihak memberikan kenyataan yang berbeza dan melibatkan ramai pihak luar.

Siasatan pula mendapati tuduhan Cik A tidak dapat dibuktikan sedangkan banyak bukti lain pula muncul menentangnya. Park Si-hoo kemudiannya memfailkan tuntutan balas menentang Cik A, rakannya Cik B dan seorang lagi kenalan mereka En. B atas tuduhan memfitnahnya.


2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Mayat teman wanita Son Ho-young ditemui dalam keretanya
Mayat seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah kereta pada bulan Mei. Selepas siasatan, pihak polis mendapati kereta tersebut dimiliki anggota kumpulan g.o.d, Son Ho-young. Selepas dibawa masuk untuk soal siasat, penyanyi tersebut kemudiannya mengenal pasti wanita tersebut sebagai teman wanitanya.

Pihak polis mendapati kes tersebut sebagai kes bunuh diri, tetapi ia jelas sekali memberi kesan mendalam terhadap Son. Tidak lama kemudian, dia dihantar ke Hospital Universiti Soon Chun-hyang di Seoul selama seminggu selepas cuba membunuh diri dengan cara yang sama dengan mendiang teman wanitanya itu – dengan menyalakan briket arang di dalam keretanya dan menelan beberapa biji pil tidur.

Dikatakan wanita tersebut menyebut tentang kekecewaannya dalam percintaan dengan Son sebagai satu daripada punca dia membunuh diri, dan menulis, "Saya kecewa dengan Son Ho-young."


2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea


Kim Min-ji dan Park Ji-sung akui bercinta
Selepas gambar temujanji mereka di Seoul diterbitkan di media pada 18 Jun, keesokan harinya, personaliti TV "Live Broadcast Today", Kim Min-ji mengakui yang dia dan pemain bola sepak antarabangsa Park Ji-sung menjalin hubungan cinta.

Pada 20 Jun pula, pemain QPR dan bekas pemain Manchester United itu pula mengakui yang dia mula bertemujanji dengan Kim sejak permulaan musim panas. Jelas Park, Kim diperkenalkan oleh bapanya sendiri Park Sung-jong. Beberapa hari sebelum temujanji tersebut didedahkan, Park digosipkan bercinta dengan pelakon Kim Sa-rang.

2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea


Sangchu dan Se7en langgar peraturan tentera
Pada 18 Julai, Kementerian Pertahanan Kebangsaan Korea Selatan mengumumkan bahawa selepas 16 tahun beroperasi, mereka akan menghapuskan unit rekrut selebriti daripada divisyen perhubungan awam Agensi Media Pertahanan mereka yang dikenali sebagai Briged Sokongan Promosi.

Ini berikutan skandal yang melibatkan anggota duo Mighty Mouth, Sangchu dan penyanyi Se7en yang telah ditemui melawat sebuah rumah urut yang terkenal dengan khidmat erotiknya pada bulan Jun lalu, selain daripada beberapa anggota briged lain yang ditemui merayau-rayau di jalanan melepasi waktu perintah berkurung mereka sambil berbual di telefon bimbit dan membeli alkohol, semuanya dirakamkan dalam program TV yang diberi nama "Scene 21".

Se7en dan Sangchu telah pun diberikan hukuman penjara tentera selama 10 hari dan khidmat negara mereka akan dipanjangkan lagi. Namun begitu, kesalahan mereka tidak dianggap sebagai jenayah.


2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Park Bo-young dan Ji-sung mendirikan rumah tangga
Pasangan Park Bo-young dan Ji-sung dipilih sebagai perkahwinan paling hangat tahun 2013 oleh para peminat. Bintang "I Hear Your Voice" ini bertemu suaminya ketika sama-sama membintangi drama "Save the Last Dance for Me" pada tahun 2004.

Sekalipun watak Ji-sung bercinta dengan karakter lakonan Eugene dalam drama tersebut, hakikatnya dia dan Park Bo-young sedang hangat dilamun cinta sekalipun secara rahsia. Namun begitu, mereka menafikan hubungan tersebut hinggalah tahun 2007, apabila seorang jurugambar berjaya menangkap gambar mereka bersama.

Park Bo-young dan Ji-sung dikatakan berniat untuk mendirikan rumah tangga pada musim bunga, tapi menangguhkan rancangan tersebut ke September selepas Park menamatkan penggambaran drama "I Hear Your Voice" yang juga merupakan satu daripada drama yang sukses di saluran SBS.


2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Lee Hyori kahwini teman lelaki
Ramai yang sinikal dengan hubungan cinta mereka, dan menggelar pasangan tersebut "Beauty and the Beast". Tapi diva popular Lee Hyo-ri tetap mengahwini teman lelakinya, pemuzik dan anggota kumpulan Verandah Project, Lee Sang-soon.

Perkahwinan secara kecil-kecilan tersebut diadakan di sebuah vila yang terletak di Pulau Jeju pada bulan September, dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Leee Hyo-ri dan Lee Sang-soon bertemu selepas sering melakukan kerja amal bersama, malah pemuzik tersebut turut menciptakan sebuah lagu untuk dinyanyikan Lee Hyo-ri sebagai satu daripada projek amal mereka. Lee Hyo-ri, yang aktif dengan kerja amal berkenaan kebajikan haiwan menjelaskan bahawa dia jatuh cinta dengan keprihatinan suaminya terhadap isu yang sama.


2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Jang Yoon-jeung dikecam kerana menghentam keluarga
Penyanyi semi-trot, Jang Yoon-jung dikecam hebat oleh para peminat dan penonton program temubual "Healing Camp", malah seorang peminat turut melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dan mendesak penyanyi tersebut meminta maaf secara umum kepada ibunya, selepas Jang membuat kenyataan menyelar keluarganya.

Dalam temubual sebelum itu, Jang mendakwa keluarganya telah menyebabkan dia muflis dan berhutang beratus ribu dolar. Jelas Jang, "Saya berikan semua duit yang saya dapat selepas kemunculan sulung saya dalam bidang nyanyian kepada ibu bapa saya. Tapi selepas perceraian mereka, saya periksa semula semua simpanan saya dengan mereka selama 10 tahun dan menyedari semuanya telah habis, malah ada hutang pula."

Selepas kenyataan tersebut, seorang lelaki bernama En. Song yang mengakui dirinya bekas presiden kelab peminat Jang Yoon-jung memfailkan rungutan dengan polis pada 22 Oktober, dan mendakwa Jang menyelar ibunya. Malah En. Song mengugut untuk melemparkan bajunya berdekatan pagar Istana Gyeingbokgung Seoul jika tuduhannya terhadap Jang itu tidak benar.


2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Tiga aktres dihukum penjara atas salahguna propofol
Tiga orang pelakon wanita Korea Selatan, Park Si-yeon, Lee Seung-yeon dan Jang Mi In-ae telah diberikan hukuman penjara lapan bulan yang digantung selama dua tahun selepas didapati bersalah dalam kes penyalahgunaan sedatif anestetik propofol pada Oktober lalu.

Ketiga-tiga pelakon tersebut sebelum ini merupakan antara beberapa orang artis yang disoal siasat atas skandal penyalahgunaan propofol. Mereka juga mengaku tidak bersalah dan menjelaskan bahawa ia hanya digunakan untuk menghilangkan kesakitan disebabkan jadual kerja yang sibuk atau rawatan kecantikan.
Park yang pernah membintangi drama "The Innocent Man", dikatakan telah menerima suntikan 'milk shot' yang mengandungi propofol berwarna krim sebanyak 185 kali sejak Februari 2011 hingga Disember tahun lalu. Dia juga telah didenda sebanyak 3.7 juta won (sekitar RM8,200) atas kesalahannya.


2013 Dalam Kenangan Dunia Hiburan Korea

Lee Soo-geun, Tak Jae-hoon dan Tony An disoal siasat kerana perjudian haram
Pada November lalu, pelawak Lee Soo-geun, personaliti TV Tak Jae-hoon dan penyanyi Tony An telah disoal siasat dan dihadapkan ke mahkamah bagi kes perjudian haram mereka. Ketiga-tiga selebriti ini didapati terlibat dalam perjudian dalam talian dan mempertaruhkan ratusan ribu dolar bagi acara sukan antarabangsa.

Malah Lee Soo-geun turut meminta maaf dan mengundur dirinya dari beberapa buah program yang dibintanginya seperti "2 Days, 1 Night" dan "Cool Kiz On the Block".

Sementara itu, personaliti TV Boom, ahli kumpulan Shinhwa Andy dan pelawak Yang Se-hyung turut didenda kerana kesalahan yang sama.


5 comments:

artis korea...hihi...cik akak tak minat...akhirnya dapat gak cik akak komen kat blog ida nie..huhu

9 January 2014 at 18:24 comment-delete

minat betul korea ni sampai tau semua perkembangan..he..he..he..

9 January 2014 at 19:32 comment-delete

Suka duka..pahit manis..

9 January 2014 at 21:09 comment-delete

yang part mayat dalam kereta tu macam speechless sikit T_T

9 January 2014 at 22:01 comment-delete

hahah. Ni highlights kejadian kat korea. kat Malaysia?

10 January 2014 at 17:46 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ