Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat

Hard Rock Cafe Melaka Yang Ketiga Di Malaysia

Hard Rock Cafe Melaka Yang Ketiga Di Malaysia

MELAKA - Hard Rock International bercadang untuk membuka beberapa lagi kafenya dengan sasaran melengkapkan 60 buah negara di dunia menjelang hujung tahun ini.

Naib Presiden Hard Rock Operasi Antarabangsa dan Pembangunan Francais, Michael Beacham berkata, pada masa ini, Hard Rock Cafe telah dibuka di 56 buah negara, termasuk Malaysia.

Menurutnya, menjelang hujung tahun ini Hard Rock Cafe akan dibuka di empat buah negara iaitu di Costa Rica, Korea Selatan, India dan Afrika Selatan.

"Sambutan yang menggalakkan mendorong Hard Rock Cafe ingin bertapak untuk melengkapkan 60 buah negara di dunia menjelang hujung tahun ini.

"Di beberapa negara terdapat lebih daripada satu kafe dibuka seperti di Malaysia, selain Kuala Lumpur terdapat juga di Pulau Pinang dan Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Hard Rock Cafe Melaka berhampiran Jonker Street di Jalan Hang Jebat, Bandar Hilir di sini semalam.

Yang turut hadiri Ketua Menteri, Datuk Idris Haron, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.

Michael berkata, Hard Rock Cafe Melaka yang ketiga dan terbesar dibuka di negara ini mempunyai keunikan tersendiri kerana terletak di pintu masuk Jonker Walk, berhampiran dengan tapak warisan dunia UNESCO.

Menurutnya, sejak Hard Rock Cafe Melaka dibuka awal tahun ini, ia mendapat sambutan amat mengalakkan daripada penduduk tempatan dan peminat.

"Gabungan antara Hard Rock dan budaya yang kaya di Melaka memberikan identiti baru kepada penduduk tempatan dan peminat kami," katanya.

1 comments:

banyak kali lalu tapi tak pernah rasa nak masuk..tak teringin huhu

9 January 2014 at 22:09 comment-delete

Post a Comment

Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ