Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



APAKAH DIA GEOPOLITIK?





Sejak akhir-akhir ini perkataan GEOPOLITIK semakin popular dan sering meniti di bibir ramai orang di Malaysia ini. Namun apakah anda faham dan tahu akan maksudnya?


Pengertian geopolitik : Kata geopolitik berasal dari kata geo dan politik. “Geo” berarti bumi dan “Politik” berasal dari bahasa Yunani politeia, bererti kesatuan masyarakat yang berdiri sendiri (negara) dan teia yang bererti urusan. Sementara dalam bahasa Inggris, politics adalah suatu rangkaian asas (prinsip), keadaan, cara, danalat yang digunakan untuk mencapai cita-cita atau tujuan tertentu. Dalam bahasa Melayu, politik dalam erti politics mempunyai makna kepentingan umum warga negara suatu bangsa. Politik merupakan suatu rangkaian asas, prinsip, keadaan, jalan, cara, dan alat yang digunakan untuk mencapai tujuan tertentu yang kita kehendaki.


Menurut wikipedia Geopolitik ialah kajian yang menganalisis geografi, sejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan keselamatan negara serta merujuk kepada tujuan dan cara bagaimana sesebuah negara mempertahankan dirinya daripada ancaman dan kemampuannya mengekalkan nilai hubungan baik dengan negara-negara jiran, tidak kira dengan mempunyai sempadan negara darat secara langsung atau sempadan maritim.

“A nation is secure to the extent to which it is not in danger of having to sacrifice its core values if it wishes to avoid war”- Walter Lipman

Globalisasi menyebabkan negara-negara terpaksa bekerjasama demi menjaga kepentingan bersama, tetapi di masa yang sama mempertahankan kepentingan yang khusus bagi mereka Keadaan ini menyebabkan bertambahnya keperluan mengekalkan hubungan baik antara negara-negara. Malaysia tidak terkecuali apatah lagi negara ini berada ditengah-tengah rantau Asia Tenggara dan mempunyai kedudukan yang strategik.

Geopolitik amat penting dalam hubungan antarabangsa dan mempunyai implikasi besar kepada pengurusan keselamatan. Hubungan geopolitik yang baik boleh mengukuhkan keselamatan sesebuah negara. Tambahan, pengukuhan dari segi ekonomi juga boleh ditingkatkan. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang menghubung Malaysia dan negara-negara jiran menjadikan ia lebih terdedah (vulnerable) kepada ancaman luar secara langsung dan tidak langsung.

Perkataan geopolitik ini telah dicipta oleh Rudolf Kjellén, seorang ahli sains politik Sweden, pada permulaan abad ke-20. Kjellén telah diilhami oleh ahli geografi Jerman, Friedrich Ratzel, yang menerbitkan bukunya, Politische Geographie (geografi politik) dalam tahun 1897. Buku itu dipopularkan dalam bahasa Inggeris oleh diplomat Amerika, Robert Strausz-Hupé, seorang ahli fakulti Universiti Pennsylvania.





Menurut Preston E. James, geografi mempersoalkan tata ruang, yaitu sistem dalam hal menempati suatu ruang di permukaan Bumi. Dengan demikian geografi bersangkut-paut dengan interrelasi antara manusia dengan lingkungan tempat hidupnya. Sedangkan politik, selalu berhubungan dengan kekuasaan atau pemerintahan.

Dalam studi Hubungan antarabangsa, geopolitik merupakan suatu kajian yang melihat masalah/ hubungan antarabangsa dari sudut pandang ruang atau geosentri. Konteks teritorial di mana hubungan itu terjadi bervariasi dalam fungsi wilayah dalam interaksi, lingkungan wilayah, dan hirarki aktor: dari kebangsaan, antarabangsa, sampai benua-kawasan, juga provinsi atau lokal.

Dari beberapa pengertian di atas, pengertian geopolitik dapat lebih disederhanakan lagi. Geopolitik adalah suatu studi yang mengkaji masalah-masalah geografi, sejarah dan ilmu sosial, dengan merujuk kepada percaturan politik antarabangsa.

Geopolitik mengkaji makna strategis dan politis suatu wilayah geografi, yang mencakup lokasi, luas serta sumber daya alam wilayah tersebut. Geopolitik mempunyai 4 unsur pembangun, aitu keadaan geografi, politik dan strategi, hubungan timbal balik antara geografi dan politik, serta unsur kebijaksanaan.


Negara tidak akan pernah mencapai persamaan yang sempurna dalam segala hal. Keadaan suatu negara akan selalu sejalan dengan kondisi dari kawasan geografi yang mereka tempati. Hal yang paling utama dalam mempengaruhi keadaan suatu negara adalah kawasan yang berada di sekitar negara itu sendiri, atau dengan kata lain, negara-negara yang berada di sekitar (negara tetangga) memiliki pengaruh yang besar terhadap penyelenggaraan suatu negara.


Geopolitik, diperlukakan oleh setiap negara di dunia, untuk memperkuat posisinya terhadap negara lain, untuk memperoleh kedudukan yang penting di antara masyarakat bangsa-bangsa, atau secara lebih tegas lagi, untuk menempatkan diri pada posisi yang sejajar di antara negara-negara besar.

Dari uraian di atas, dapat disimpulkan bahawa keadaan geografi suatu negara sangat mempengaruhi berbagai aspek dalam penyelenggaraan negara yang bersangkutan, seperti pengambilan keputusan, kebijakan politik luar negara, hubungan perdagangan dan lain-lain. Maka dari itu, muncullah organisasi-organisasi antarabangsa yang berdasarkan pada keberadaannya dalam suatu kawasan, seperti ASEAN, Masyarakat Ekonomi Eropah, The Shanghai Six dan sebagainya.


Sumber 

2. AL-RISALAH INSTITUTE
3. prezi.com


2 comments:

31 March 2018 at 12:19 comment-delete

website : http://www.infodaftartogel.com
title : Situs Daftar Togel Online Terbaru Bonafit dan Terpercaya 2016
description : www.infodaftartogel.com merupakan situs daftar togel online terbaru bonafit dan terpercaya 2016, dimana situs togel online yang di sediakan aman
keyword : daftar togel, situs daftar togel, togel online, togel terbaru, togel terpercaya, kunjungi website, link, situs web

situs daftar togel
togel online
togel terbaru
togel terpercaya
kunjungi website
link
situs web
daftar togel

16 July 2018 at 04:02 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ